PENGENALAN
Influenza A (H1N1) adalah penyakit akut yang berjangkit daripada manusia kepada manusia.
TANDA-TANDA
- Demam
- Batuk
- Sakit kepala
- Sakit-sakit bandan
- Sesak bernafas
- Kurang selera makan
- Badan berasa sejuk dan lesu
CARA JANGKITAN
- Hubungan langsung dengan manusia yang berjangkit
- Permukaan yang dicemari virus Influenza A (H1N1)
PENCEGAHAN DAN CARA PERLINDUNGAN DIRI
- Tutup mulut dan hidung dengan tisu dan sapu tangan ketika bersin dan batuk.
- Cuci tangan dengan sabun selepas batuk/bersin atau menyentuh permukaan yang tercemar.
- Buang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah.
- Pakai penutup mulut dan hidung (mask) ketika dijangkiti Influenza A (H1N1).
- Elakkan berada di tempat awam jika anda dijangkiti Influenza A (H1N1).
- Dapatkan rawatan segera di hospital sekirangan tanda-tanda Influenza A (H1N1).
RAWATAN
- Tiada vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Influenza A (H1N1).
Senarai Hospital Rujukan Bagi Rawatan Selsema Influenza A(H1N1) bagi Negeri Selangor
- Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Sungai Buluh dan Pusat Perubatan Universiti Malaya telah dipilih untuk menerima segala urusan bagi rawatan Selsema Influenza A (H1N1) di Negeri Selangor.
- Untuk keterangan lanjut mengenai Selsema Influenza A (H1N1), sila layari laman Kementerian Kesihatan
- Sila layari laman web Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Sungai Buluh dan Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapat perkhidmatan seterusnya.