Klik untuk Bantuan Kod QR

Hubungi Kami| Soalan Lazim| Pautan| Bantuan| Peta Laman

Journal Content
Lesen Pelbagai
 
  Lesen Iklan Kekal
  Permit Iklan Sementara
  Permohonan lesen Hiburan Kekal
  Permohonan Permit Hiburan
  Permohonan Lesen Anjing
  Permit Sementara Meja Kerusi
 
Lesen Iklan Kekal
 
 
Syarat Permohonan :
  1. Lakaran iklan perlu jelas dan lengkap (lukisan dan tulisan tangan menggunakan pensil atau pen tidak diterima)
  2. Iklan hanya dibenarkan bagi kawasan atau tempat yang ditetapkan dan dibenarkan oleh MBSA sahaja.
  3. Pemasangan sesuatu iklan tidak boleh menghalang mana-mana tingkap atau ruang keluar asap yang telah ditetapkan dan di dinding luar bangunan.
  4. Penggunaan Bahasa Malaysia hendaklah diutamakan dan 10% lebih besar daripada penggunaan bahasa-bahasa lain.
  5. Nama Syarikat,firma dan persatuam yang didaftarkan adalah terdiri dari atau termasuk perkataan bukan Bahas Malaysia tidak perlu diterjemahkan. Walau bagaimanapun iklan berlesen hendaklah menyatakan jenis aktivitinya di dalam Bahasa Malaysia yang berukuran 10% lebih besar daripada ukuran bahasa lain serta dipamerkan di sebelah atas papan iklan.
  6. Iklan yang menunjukkan perkataan 'Halal' dan 'Ditanggung Halal' hendaklah menunjukkan bukti atau mendapat kelulusan dari pihak berkuasa berkenaan.
  7. Nombor rujukan hendaklah dicatat di bawah paparan iklan disebelah kanan berukuran 30cm x 4cm.
  8. Iklan atau paparan tidak dibenarkan dipasang atau didirikan sebelum lesen diperolehi.
  9. Permohonan lesen iklan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan Undang-undang KEcil Iklan (Majlis Perbandaran Shah Alam) 1991.
  10. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan beserta dokumen-dokumen berikut:-
    a. Satu salinan ROB (Borang A dan D) atau ROC (Borang 9 dan 49 atau 13 jika ada) atau pendaftar Pertubuhan atau Perakuan Doktor dan Pengamal-pengamal Perubatan Malaysia
    b. Satu salinan lakaran Iklan Kekal yang lengkap dan dibuat melalui komputer
    c. Satu salinan Sijil Menduduki Bangunan (CF)
    d. Sekeping gambar lokasi pemasangan Iklan Kekal
    e. Surat kelulusan pihak pengurusan kompleks beli-belah
    f. Surat-surat kelulusan dari agensi Kerajaan yang lain jika ada
  11. Surat akuan penerimaan dan nombor rujukan akan diberi apabila pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap.
  12. Pemohon akan diberitahu sama ada permohonan diluluskan atau tidak dalam masa 6 minggu. Sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima selepas tempoh tersebut, pemohon boleh menghubungi Bahagian Pelesenan dengan merujuk nombor rujukan permohonan.
 
 
Nota: Borang yang dicetak berwarna hitam/putih. Untuk mendapatkan borang sila muat turun, borang ini menggunakan format PDF, Portable Document Format (PDF). Jika PC anda tidak mempunyai Acrobat Reader sila download di http://get.adobe.com/reader/
 
Bookmark and Share
Paparan : 3812
Tarikh Akhir Dikemaskini : 13 Februari 2011
 
PAUTAN PANTAS
PERKHIDMATAN KAMI