|
Journal Content
Cukai Taksiran | | | | Soalan Lazim | | Soalan 1 Cukai Taksiran atau Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas bangunan /tanah yang terletak dalam kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam seperti: - Bangunan Kediaman (pangsapuri, rumah pangsa, rumah teres, banglo dan lain-lain)
- Bangunan Perusahaan (kilang dan gudang)
- Bangunan perdagangan/perniagaan (kedai, pejabat, pasaraya, hotel, stesen minyak dan lain-lain)
- Tanah Pertanian
- Tanah Kosong
| Soalan 2 Cukai Taksiran ini dikenakan untuk menbiayai: - Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, perhentian bas, padang permainan kanak-kanak dan tempat-tempat rekreasi, pasar dan sebagainya.
- Pembinaan kawasan perumahan/ perniagaan, taman-taman dan tempat-tempat awam.
- Penjagaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit , longkang dan sebagainya.
- Penyediaan dan penyelenggaraan lampu-lampu jalan.
- Pembangunan kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam.
Kesemua ini adalah untuk kesejahteraan rakyat khususnya penduduk kawasan pentadbiran MBSA. | Soalan 3 Cukai Taksiran perlu dijelaskan 2 kali setahun: Bagi setengah tahun pertama (Januari - Jun) Cukai Taksiran perlu dijelaskan sebelum/pada 28 atau 29 Februari Bagi setengah tahun kedua (Julai - Disember) Cukai Taksiran perlu dijelaskan sebelum/pada 31 Ogos | Soalan 4 Cukai Taksiran boleh dijelaskan : | 1. | Kaunter Bayaran Majlis | | | | i. | Kaunter Utama di tingkat G, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Shah Alam. | | ii. | Kaunter Pandu Masuk di Wisma MBSA. | | iii. | Pejabat cawangan Majlis di Sungai Buloh beralamat :- No.6 Jalan BRP 1/2, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh TEL: 603-61570970 | Waktu menerima bayaran seperti berikut: | | Kaunter Utama | Pejabat Cawangan | Kaunter Pandu Masuk | | Isnin - Khamis | 8.00am-4.00pm | 8.00am - 1.00pm | 2.00pm - 4.00pm | | 8.15am-4.00pm | | Jumaat | | 8.00am-12.15tgh | | 2.45pm-4.00pm | | | 8.00am - 12.15pm | | 2.45pm - 4.00pm | | 8.15am -4.00pm | | Sabtu | 8.00am-12.20tgh | 8.00am - 12.20pm | 8.15am -12.20pm | | | | 2. | Agensi setempat | | | | i. | Pejabat Pos | | ii. | Tenaga Nasional Berhad | | iii. | Telekom Malaysia Berhad. | | * Hanya di kawasan Shah Alam sahaja sebelum/pada tarikh akhir bayaran. | | | 3. | Bank | | | Semua cawangan Bank Simpanan Nasional - Tunai Sahaja | | | Public Bank / Finance - Tunai / Cek | | | Affin Bank - Tunai / Cek | | | AmBank / Finance - Tunai Sahaja | | | Bank Islam - Tunai / Cek | | 4. | Kad Kredit | | | | | 5. | Charge Card | | | | i. | American Express | | ii. | Diners Club | | | 6. | Arahan Tetap | | | | i. | Auto Billing American Express | | ii. | Easy Auto Pay Southern Bank | | iii. | Auto Debit Citibank | | iv. | Direct Debit OCBC | | v. | Maybank Autopay | | vi. | Hong Leong Amex Autopay | | | 7. | Internet | | | | | 8. | Mail Order | | | Pemegang kad kredit Visa / Master Card & American Express boleh menjelaskan Cukai Taksiran dengan mengisi slip pembayaran dan pos kepada: Majlis Bandaraya Shah Alam | | 9. | Telefon | | | | i. | Kawanku Phone Banking dari Maybank | | ii. | CALL "n" PAY dari MBF Master Card Services Sdn. Bhd. | | | 10. | Eazyway Kiosk | | | | i. | Kad ATM Bumiputra Commerce / Maybank/ Public Bank | | ii. | Kad Kredit - Visa / Master Card | | | | Soalan 5 Datang ke pejabat Majlis atau hubungi Bahagian Cukai Taksiran di talian: | No. Telefon | : | 03-55105133 samb. 203 / 295 | | Talian Terus | : | 03-55133919 | | E-mail | : | cukai@mbsa.gov.my | Pertanyaan baki, penyata akaun serta pembayaran Cukai Taksiran melalui internet boleh di buat di laman web Majlis di alamat http://www.mbsa.gov.my | Soalan 6 - Denda lewat sebanyak 5% dari tunggakan Cukai Taksiran akan dikenakan;
- Notis (Borang E) akan dikeluarkan.Bayaran perlu dijelaskan dalam masa 15 hari dari notis diserah atau diposkan.
- Sekiranya bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut. Waran Tahanan (Borang F) serta Inventori Dan Notis (Borang G) akan dilaksanakan.
- Jika bayaran masih tidak dijelaskan dalam masa 7 hari dari tarikh Borang G diserahkan, Majlis boleh mensita/merampas harta alih di pegangan tersebut. Kos pengangkutan dan penyimpanan turut dikenakan kepada pemilik harta;
- Jika bayaran masih tidak dijelaskan selepas tindakan sita/rampasan dilaksanakan, Majlis boleh melelong harta alih berkenaan pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai. Kos lelongan dan lain-lain kos yang berkaitan turut dikenakan kepada pemilik harta;
- Pihak Majlis juga boleh mengambil tindakan di bawah Seksyen 156, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 dengan mengambil tindakan mahkamah kepada pemilik harta.
| Soalan 7 Anda perlu menyerahkan bil-bil dan notis kepada pemilik harta. Jika pemilik harta tidak menjelaskan tunggakan tersebut, tindakan menahan harta penyewa boleh diambil. Di bawah peruntukan Seksyen 151 (5) (6) Akta 171 penyewa boleh menjelaskan sewa premis tersebut kepada pihak Majlis dan bayaran tersebut dianggap sebagai bayaran ke atas tunggakan Cukai Taksiran. | Soalan 8 Jika anda berhasrat membeli hartanah seperti rumah, kedai, tanah kosong dan sebagainya, pastikan anda meneliti perkara-perkara yang disenaraikan di bawah sebelum perjanjian jual beli ditandatangani. - semak dahulu dengan Jabatan Kewangan, MBSA bagi memastikan tuggakan Cukai Taksiran bagi hartanah tersebut telah dijelaskan.
- semak dengan peguam atau agen pengurusan yang menguruskan urusniaga bagi harta tersebut untuk memastikan Cukai Taksiran dan tunggakan telah dijelaskan oleh penjual/pemilik sebelumnya.
Pastikan pihak peguam yang menguruskan pindahmilik tersebut menguruskan juga Notis Pindahmilik di Jabatan Penilaian, MBSA Jika tidak anda sebagai pembeli atau penjual bertanggungjawab memaklumkan kepada MBSA sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu: - mengisi Borang I (Notis Jualan/Pindahmilik) dan menyertakan sesalinan surat hakmilik (geran) atau sesalinan perjanjian jual beli yang lengkap dalam tempoh 3 bulan selepas jualan atau pindahmilik dilakukan.
- Jika anda mewarisi harta bagi pemilik pegangann yang telah meninggal dunia, anda juga bertanggungjawab mengemukakan notis melalui Borang J dan menyertakan sesalinan sijil kematian atau surat hakmilik (geran) dalam tempoh setahun.
* Peringatan : Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan, 1976 jika pemberitahuan ini tidak dibuat dalam tempoh yang ditetapkan, anda boleh didenda sebanyak RM2,000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali. | Soalan 9 Cukai taksiran ditentukan berdasarkan beberapa peratusdaripada Nilai Tahunan pegangan tersebut. Nilai tahunan ialah anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari harta jika disewakan. Contoh: | sewa sebulan | RM | 350.00 | | setahun | x | 12 | | NILAI TAHUNAN | RM | 4,200.00 | Kadar Peratus ialah kadar yang ditetapkan oleh MBSA pada setiap tahun dengan kelulusan Kerajaan Negeri. Kadar Maksimum yang boleh dikenakan ialah 35% Kadar Cukai Taksiran pada tahun ini adalah seperti berikut: JENIS PEGANGAN | KADAR (BANGUNAN) | KADAR (TANAH KOSONG) | | KEDIAMAN | 4.5% | 4.0% | | PERDAGANGAN | 7.0% | 7.0% | | PERUSAHAAN | 7.5% | 7.0% | | PERTANIAN | 2.0% | 2.0% | Contoh pengiraan Cukai Taksiran: | NILAI TAHUNAN HARTA | RM | 4,2000.00 | | | Kadar Peratus(kediaman) | x | 4.5% | | | Cukai Taksiran | RM | 189.00 | setahun | Bagi tanah kosong pula, Nilai Tahunan ditentukan berdasarkan 10% daripada nilai pasaran tanah tersebut. |
Paparan : 8202
Tarikh Akhir Dikemaskini : 18 Ogos 2010
|
|
|
|
|
|
|   |
| PAUTAN PANTAS |
| PERKHIDMATAN KAMI |
|
LA 21
Paparan : 1424652
Tarikh Akhir Dikemaskini : 09 Mei 2012
|
|
|