| 1. |
Borang
juga boleh diperolehi dan dihantar semula di Jabatan
Penilaian. |
| 2. |
Borang
yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan
beserta dengan dokumen-dokumen berikut:-
| a. |
Salinan fotostat
Kad Pengenalan |
| b. |
Sekeping Gambar
Berukuran Pasport |
| c. |
Sampul Surat
Bersetem dan Beralamat Sendiri |
| d. |
Lain-lain
dokumen yang boleh menyokong permohonan |
| e. |
Salinan Fotostat
Kad Tukar Alamat (sekiranya ada) |
|
| 3. |
Pemohon
mestilah Warganegara Malaysia |
| 4. |
Keutamaan
akan diberi kepada
| a. |
Penduduk Shah Alam dan mempunyai
modal. |
| b. |
Berumur
18 tahun hingga 50 tahun |
| c. |
Tidak
bekerja |
| d. |
Berkahwin
@ berkeluarga |
|
| 5. |
Tempoh
penyewaan gerai sekurang-kurangnya 3 tahun dan penyewa
boleh dilanjutkan sekiranya penyewa mematuhi
syarat-syarat penyewaan Majlis. |
| 6. |
Penyewa
dikehandaki menjelaskan bayaran cagaran-cagaran
seperti mana yang dituntut di dalam surat tawaran. |
| 7. |
Bayaran
sewa dan bayaran bil bekalan air hendaklah dijelaskan
tidak lewat dari 7hb. tiap-tiap bulan.
Sekiranya selepas tarikh tersebut ianya dianggap
tunggakan dan Majlis boleh mengeluarkan notis
penamatan penyewaan dan seterusnya menagambil tindakan
'seal' dan penyewa dikehendaki mengosongkan gerai dan
menyerahkan kunci. |
| 8. |
Penyewa
akan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak RM50.00
untuk kos membuka 'seal' sekiranya rayuan diterima
oleh Majlis. |
| 9. |
Penyewa
gerai/pasar hendaklah mendapatkan lesen perniagaan
dari pihak Majlis sebelum menjalankan perniagaan. |
| 10. |
Penyewa
perlu memohon kad
pengendalian makanan
di Jabatan Kesihatan dan mengemukakan senarai nama
pembantu (sekiranya ada) di Jabatan Penilaian. |
| 11. |
Penyewa
hendaklah sentiasa mengurus sendiri perniagaan dan
berada di premis tersebut. |
| 12. |
Tiada
tambahan atau perubahan jenis jualan dibenarkan tanpa
mendapat kebenaran Majlis. |
| 13. |
Penyewa
hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dan peralatan
dapur serta sentiasa menjaga kebersihan persekitaran
supaya bersih dan memuaskan. |
| 14. |
Penyewa
tidak boleh menyewa kecil, mencagar dan memindah milik
atau menjual premis kepada sesiapa sahaja. |
| 15. |
Tidak
boleh menyebabkan atau membenarkan atau sengaja
menyebabkan apa-apa halangan di dalam dan sekitar
premis atau jalan laluan awam. |