-
Penganjur /penyewa/pengguna
adalah bertanggungjawab untuk mendapatkan kebenaran daripada
pihak polis,pihak berkuasa yang memberi kebenaran/kelulusan
mengenai aktiviti penggunaan sebelum menggunakan Dewan/Auditorium.
-
Wang
cagaran mestilah dijelaskan semasa penggunaan membuat
tempahan, selewat-lewatnya 30 hari sebelum penggunaan.
-
Wang sewaan
sepenuhnya mestilah dijelaskan selewat-lewatnya 1 minggu
sebelum tarikh penggunaan. Cek berpalang perlulah
dikemukakan atas nama Majlis Bandaraya Shah Alam.
-
Sekiranya
penganjur/penyewa pengguna membatalkan tempahan dari tempoh
berikut :-
i) 1 bulan sebelum tarikh penggunaan-wang cagaran
akan dikembalikan 100%
ii) 1 bulan sebelum tarikh penggunaan-wang cagaran
akan dikembalikan 100%
-
Penganjur /penyewa
dikehendaki menghubungi pihak Majlis selewat-lewatnya 1
minggu sebelum tarikh penggunaan untuk membincangkan
persiapan yang akan dibuat.
-
Penganjur /
penyewa hanya dibenarkan masuk membuat persiapan dan
seterusnya menggunakan Dewan / Auditorium pada waktu
jangkamasa yang ditetapkan sahaja. Pengguna yang melebihi
waktu tempahan akan dikenakan bayaran lebih masa mengikut
kadar yang ditetapkan.
-
Penganjur /penyewa/pengguna
dikehendaki menggunakan peralatan yang disediakan mengkiut
arahan pihak Majlis.
-
Permintaan
terhadap tambahan di saat-saat terakhir tidak akan dilayan.
-
Penganjur /penyewa
/pengguna tidak dibenarkan menghalang/menggantikan
kakitangan dari mengendalikan tugas yang telah ditetapkan.
-
Penganjur /
penyewa /pengguna dikehendaki menggunakan segala alat-alat
kebersihan pepasangan tandas dengan berhati-hati dan cermat.
-
Penganjur /
penyewa /pengguna dikehendaki menggunakan alat-alat
mekanikal/elektrik dan elektronik dengan berhati-hati dan
cermat.
-
Sebarang
kerosakan atau kehilangan hendaklah dilaporkan segera kepada
Pihak Majlis. Tuntutan akan dibuat kepada penganjur/penyewa/pengguna
atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berpunca
daripada kecuaian penganjur /penyewa/pengguna.
-
Penganjur /
penyewa /pengguna dimestikan berpakaian kemas dan
menunjukkan tingkah laku sopan semasa berada di dalam Dewan/Auditorium.
-
Dilarang
sama sekali merokok di dalam Dewan/Auditorium.
-
Dilarang
sama sekali membawa masuk makanan atau minuman ke dalam
Auditorium.
-
Dilarang
sama sekali membawa makanan haram, minuman keras dan
binatang peliharaan ke dalam Auditorium/Dewan.
-
Dilarang
memasak dan berniaga di dalam ataupun di luar kawasan Dewan/Auditorium.
-
Adalah
menjadi tanggungjawab penganjur/ penyewa /pengguna untuk
memastikan sampah sarap tau sisa-sisa makanan dibawa keluar
terus dari kawasan dewan dan wisma MBSA.
-
Pameran
barang-barang berharga hendaklah mendapat kerjasama daripada
pihak polis untuk kawalan keselamatan.
-
Penganjur/penyewa/pengguna
tidak dibenarkan memasuki kawasan lain, selain dari yang
telah ditetapkan untuk kegunaan.
-
Pendawaian
elektrik tambahan tidak dibenarkan sama sekali sebelum
mendapat kelulusan Majlis.
-
Majlis
tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau
kehilangan harta benda sebarang kecederaan atau kematian
yang berlaku ke atas penganjur/penyewa/pengguna semasa
menggunakan Dewan/Auditorium atau tempat letak kereta yang
dikhaskan.
-
Sekiranya
atas satu-satu sebab yang tidak dapat dielakkan, Majlis
terpaksa menggunakan Dewan/Auditorium pada tarikh yang
ditempah, maka tempahan terpaksa dibatalkan dan wang cagaran/pendahuluan
dikembalikan sepenuhnya. Penganjur/penyewa/pengguna tidak
berhak menuntut gantirugi dan sebarang tuntutan lain.
-
Segala
keputusn Majlis di atas segala msalah yang mungkin timbul/berbangkit
dengan penganjur/penyewa/pengguna adalah muktamad.