Selamat Datang Ke e-Perkhidmatan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam

 
SEWAAN & KEMUDAHAN AWAM
 
DEWAN MBSA
Kadar sewa untuk acara/raptai
 

Bil.

Aktiviti

Perkahwinan
& Pertunangan

Hari Jadi/Bengkel/
Ceramah & Mesyuarat

Dewan

Kadar Sewa

Cagaran

Kadar Sewa

Cagaran

1.

Seksyen 7 (Jln 7/98)

RM 400 RM300 RM 200 RM 100
2. Seksyen 7 (Jln 7/16) RM 450 RM 400 RM 300 RM 200
3. Seksyen 7 (Jln 7/58) RM 400 RM 300 RM 200 RM 100
4. Seksyen 17 PKIT (Jln 17/2) RM 300 RM 300 RM 200 RM 100
5. Seksyen 18 (Jln 18/3) RM 300 RM 300 RM 200 RM 100
6. Seksyen 19 (Jln 19/3) RM 300 RM 300 RM 200 RM 100
7. Seksyen 20 Alamanda RM 450 RM 400 RM 300 RM 200
8. Seksyen 24A RM 300 RM 300 RM 200 RM 100
9. Seksyen 27 (Jln 27/14A) RM 300 RM 300 RM 200 RM 100
10. Seksyen 27 (Jln 27/77) RM 300 RM 300 RM 200 RM 200
11. Seksyen 30 (Jln Kebun) RM 300 RM 300 RM 200 RM 200
12. Seksyen 31 (Jln 31/148) RM 500 RM 450 RM 300 RM 200
13. Seksyen 32 (Bukit Naga) RM 300 RM 300 RM 200 RM 200
14. Seksyen U2 (TTDI Jaya) RM 450 RM 400 RM 300 RM 200
15. Seksyen U6 (Pekan Subang) RM 300 RM 300 RM 200 RM 100
16. Seksyen U8 (Jln U8/80) RM 400 RM 300 RM 300 RM 200
17. Seksyen U16A (Jln Metafasa U16/1) RM 450 RM 400 RM 300 RM 200
18. Seksyen U16B (Jln Metafasa U16/4) RM 450 RM 400 RM 300 RM 200

Nota :
1) Kadar sewa adalah seperti di jadual
2) Sebarang perubahan kadar sewa adalah tertakluk dengan acara yang akan dikenakan serta kelulusan dari pihak MBSA


SYARAT-SYARAT PENYEWAAN DEWAN MBSA

  1. Tempoh penggunaan untuk Majlis Perkahwinan adalah seperti berikut :

Waktu Masa Penggunaan
Siang 10.00 pagi - 4.00 petang
Malam 5.00 petang - 11.00 malam
  • Bagi penggunaan dewan selain dari acara diatas, masa penggunaan adalah tertakluk kepada acara yang akan diadakan.

  • Kunci dewan tidak akan diserahkan kepada penyewa /penganjur/pengguna dewan. Dewan akan dibuka dan ditutup oleh penjaga dewan yang ditugaskan mengikut masa yang telah ditetapkan.

  • Masa untuk melakukan kerja-kerja persiapan tertakluk kepada kekosongan dewan serta kelulusan dari pihak Majlis.

  1. Pihak penyewa / penganjur / pengguna hendaklah menjelaskan bayaran seperti berikut :-
    i) Bayaran cagaran dijelaskan dalam tempoh 2 minggu dari 
       tarikh surat kelulusan.

       ii) Bayaran sewa dijelaskan selewat-lewatnya 2 minggu
          sebelum tarikh penggunaan.

  1. Sekiranya penganjur / penyewa / pengguna membatalkan tempahan dari tempoh berikut :-
    i) Satu (1) bulan sebelum tarikh penggunaan - wang
       cagaran akan dikembalikan 100%

       ii) Tiga (3) minggu sebelum tarikh penggunaan - wang
           cagaran tidak dikembalikan.

  1. Pihak penganjur / penyewa / pengguna dikehendaki mendapatkan sendiri kemudahan kerusi, meja, PA sistem dan perhiasan pentas. Majlis tidak menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut.

  2. Pihak penganjur / penyewa / pengguna tidak dibenarkan memasak dan membasuh pinggan mangkuk di dalam dewan dan kawasan sekitarnya.

  3. Dilarang membawa makanan haram serta minuman keras ke dalam dewan.

  4. Dilarang merokok di dalam dewan.

  5. Selepas penggunaan pihak penyewa / penganjur / pengguna hendaklah memastikan dewan berada dalam keadaan bersih. Semua sampah sarap hendaklah dikumpulkan, diikat kemas dan dibuang di tong sampah yang berhampiran.
    * wang cagaran tidak akan dikembalikan sekiranya tahap kebersihan dewan selepas penggunaan tidak memuaskan atau terdapat kerosakan yang berpunca dari pihak penyewa / penganjur / pengguna.

  6. Bagi mpenggunaan dewan berbentuk konsert yang melibatkan kumpulan muzik "band" pihak penganjur / penyewa / pengguna adalah bertanggungjwab untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis atau pihak berkuasa yang memberi kebenaran atau kelulusan mengenai aktiviti yanga kan dijalankan sebelum penggunaan dewan.

 
 

Kemaskini :
20/02/2008 10:25 AM

Gunakan resolusi 800 x 600 dan Internet Explorer 5  MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM © 2002 hak cipta terpelihara.