Bahasa: Melayu | English | Lain

Hubungi Kami| Soalan Lazim| Pautan| Bantuan| Peta Laman

Laman Utama » MBSA » Profil » Logo Dan Bunga Rasmi
Journal Content
Logo dan Bunga Rasmi

Logo Rasmi MBSA

Elemen Rekabentuk

Elemen asas yang digunakan dalam rekabentuk adalah garisan, rupa, bentuk dan warna. Motif-motif yang berbeza yang dihasilkan dari penggunaan elemen-elemen tersebut telah disusun secara kreatif yang menghasilkan karya yang mempunyai nilai estetik disamping berfungsi untuk menggambarkan imej korporat Majlis Bandaraya Shah Alam.

Rasional

Bulan sabit dan bintang

:

Melambangkan Islam sebagai agama rasmi serta kedaulatan raja-raja di Malaysia.

Bintang pecah lima

:

Melambangkan 5 rukun islam yang menjadi pedoman untuk semua manusia secara amnya dan khususnya untuk warga Majlis Bandaraya Shah Alam dalam melakukan tanggungjawab seharian.

Harimau

:

Melambangkan peranan, fungsi dan tanggungjawab Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai pihak berkuasa yang merancang dan membangunkan bandaraya Shah Alam disamping menguatkuasa undang-undang yang berkaitan.

Rusa

:

Melambangkan kesetiaan rakyat jelata amnya dan warga Majlis Bandaraya Shah Alam khasnya kepada raja dan negara.
Kedua-dua motif Harimau dan Rusa adalah kesinambungan dari logo asal Majlis Perbandaran Shah Alam.

Lembing

:

Melambangkan kesediaan rakyat jelata amnya dan warga Majlis Bandaraya Shah Alam khasnya mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu dan menegakkan perlembagaan negara.

 

Halaman: 1  2  3  

Bookmark and Share
Paparan : 12994
Tarikh Akhir Dikemaskini : 02 Julai 2009
 
PAUTAN PANTAS
PERKHIDMATAN KAMI