Klik untuk Bantuan Kod QR

Hubungi Kami| Soalan Lazim| Pautan| Bantuan| Peta Laman

Laman Utama » MBSA » Profil » Perutusan Datuk Bandar
Journal Content
Perutusan Datuk Bandar
Selamat Datang Ke Laman Web Majlis Bandaraya Shah Alam
  

Bismillah

Tugas untuk meneraju Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti MBSA ini adalah satu tugas yang penuh cabaran. namun saya yakin dan percaya melalui kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh ahli-ahli Majlis dan juga seluruh warga kerja MBSA kecemerlangan ini akan dapat terus dipertahankan malahan dapat dipertingkatkan.

Lebih-lebih lagi Negeri Selangor yang telah mencapai status negeri maju sudah pasti keperluan dan perkhidmatan yang diberikan haruslah seiringan dengan status sebuah negeri maju.

Dalam hal ini, saya akan menerapkan nilai-nilai kerja secara berpasukan (teamwork) di dalam pentadbiran MBSA agar perkhidmatan yang professional dan cekap dapat diberikan kepada pelanggan khususnya warga bandaraya Shah Alam.

Akhir kata, saya mengharapkan sokongan daripada semua pihak dan bersedia untuk mendengar pandangan dan kritikan yang positif daripada orang ramai demi untuk melihat bandaraya Shah Alam yang kita sayangi ini akan sentiasa sejahtera, harmonis, aman dan juga damai.

Sekian. Wassalam.


Y.Bhg. Dato'  Mohd. Jaafar Bin Mohd. Atan
Datuk Bandar,
Majlis Bandaraya Shah Alam

 

Dato Bandar MBSA

 

 

Bookmark and Share
Paparan : 16310
Tarikh Akhir Dikemaskini : 19 April 2011
 
PAUTAN PANTAS
PERKHIDMATAN KAMI