NOTIS SEBUTHARGA

Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:

 
Bil.

Tajuk Kerja

Pendaftaran
 & Taraf

Kod Bidang

Harga Dokumen


1.

Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Di Sebahagian Jalan 1A/1 Dan 1A/3 Pusat Bandar, Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20 Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam.
( No. Sebutharga : SH 79/2008 )

Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) DAN CIDB

Kelas F
– Kepala 1(1) DAN IV
( 3a @ 3b )

RM30.00



2.

Cadangan Merangka, Membentuk Dan Memasang Papantanda Nama Jalan Di Sebahagian Kawasan Seksyen U5, Shah Alam Untuk Majlis Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam
( No. Sebutharga : SH 80/2008 )

Kementerian Kewangan Malaysia

130100
(Kelengkapan / Kemudahan Awam)

RM30.00

 

3.

Cadangan Kerja-Kerja Membekal dan Memasang Lampu Jalan Berkuasa Solar Di Kawasan Perkuburan Shah Alam, Seksyen 21, Shah Alam Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam
( No. Sebutharga : SH 81/2008 )

Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) DAN CIDB

Kelas II @ III @ VI – Kepala VII (1, 2, 3 DAN 11)

RM30.00


4.

Cadangan Kerja-Kerja Membina Dan Menyiapkan Pejabat Untuk Pusat Khidmat Ahli Majlis Di Dewan MBSA, Paya Jaras, Seksyen U19 Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam.
( No. Sebutharga : SH 82/2008)

 Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) DAN CIDB

 Kelas F – Kepala II(2a)

RM30.00


5.

Cadangan Kerja-kerja Membekal Makanan Ternakan Di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14 Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam
( No. Sebutharga : SH 83/2008 )

Kementerian Kewangan Malaysia

120400
(Makanan Ternakan)

RM30.00

6.

Cadangan Pelupusan Perkakasan Komputer Di Jabatan Teknologi Dan Maklumat Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam.
( No. Sebutharga : SH 84/2008 )

Kementerian Kewangan Malaysia

221300
(Membeli Barang Lusuh)

RM30.00

 

7.

Cadangan Merangka, Membentuk Dan Memasang
Papantanda Nama Jalan Di Kawasan Kampung Lombong, Seksyen 29, Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30, Kampung Bukit Naga, Seksyen 32,
Dan Kampung Sungai Kandis, Seksyen 36,
Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam
( No. Sebutharga : SH 85/2008 )
Kementerian Kewangan Malaysia
130100
(Kelengkapan / Kemudahan Awam)
RM30.00


BAYARAN
Bayaran untuk Dokumen Sebutharga adalah secara Wang Tunai, Bank Draf atau Kiriman Wang atas nama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam.

DOKUMEN TAWARAN
Dokumen Tawaran boleh didapati di Kaunter Utama, Tingkat G, Lif A, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran 40675 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada waktu pejabat berikut :-

 
Isnin – Khamis
:

8.15 pagi hingga 12.45 tengahari

 
:

2.15 petang hingga 4.15 petang

 
Jumaat
:

8.15 pagi hingga 12.00 tengahari

   
:

3.00 petang hingga 4.15 petang

Pemborong dikehendaki mengemukakan Perakuan Pendaftaran Asal Kementerian Kewangan Malaysia atau Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Binaan Malaysia (CIDB) beserta satu salinan fotostat semasa membuat tawaran. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan dokumen tawaran tidak akan dikeluarkan.

PENDAFTARAN SECARA 'ON-LINE'
Pemborong juga dikehendaki mendaftar secara On-Line di laman web http://tender.selangor.gov.my sebelum mendapatkan Dokumen Tawaran dan mengemukakan Resit Bayaran Pendaftaran sebagai bukti pemborong telah berdaftar secara On-line semasa membuat urusan pembelian Dokumen Tawaran di Kaunter Utama, Tingkat G, Lif A, Wisma MBSA.


TARIKH PENYERAHAN

Dokumen Tawaran yang telah lengkap di isi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga Majlis Bandaraya Shah Alam di Bahagian Tender & Kontrak, Tingkat 2 (Lift A), Wisma MBSA tidak lewat daripada 19 NOVEMBER 2008 SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI. Dokumen tender yang
diserahkan selepas tarikh dan masa yang ditetapkan berbangkit dari apa jua sebab tidak akan dilayan.


PAUTAN | | PERKHIDMATAN | | LA 21 SHAH ALAM | | ARKIB | | PETA WEB
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM Copyright © 2005 [Webmaster MBSA]
Tingkat 1, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran 40000 Shah Alam
Tel : 603-55105133 Fax : 603-55108010 E-mail : mbsa@mbsa.gov.my