Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan Shah Alam Exciting Race 2008 pada 12 Julai 2008. Shah Alam Exciting Race yang berkonsepkan “adventure challenge” akan mencabar dan menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta yang bertanding di samping memberi peluang dan kesempatan kepada para peserta mengenali lokasi pelancongan yang menarik di Negeri Selangor
Dua (2) kategori penyertaan akan diadakan iaitu bagi kategori Shah Alam dan juga kategori terbuka . Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang peserta dan para peserta dikehendaki menyelesaikan tugasan yang diberikan dan menghadapi beberapa disiplin halangan seperti :
1. |
Aktiviti mendaki tembok |
2. |
Aktiviti berbasikal |
3. |
Aktiviti abseiling |
4. |
Aktiviti kayaking |
5. |
Paintball |
6. |
Score Orienteering |
Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Belia dan Sukan, Majlis Bandaraya Shah Alam di talian 03-55222742, 03-55222736 dan
03-55222733.