-
Menjawab
surat-surat balasan penerimaan yang bukan diterima di kaunter dalam tempoh
5 hari
bekerja di semua jabatan/bahagian;
-
Mengambil tindakan ke atas semua aduan di dalam tempoh lima (5) hari
bekerja dari tarikh aduan
diterima;
-
Memproses
dan mengeluarkan ulasan ke atas semua permohonan permit dalam tempoh empat
belas
(14) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
Surat kelulusan permit akan
dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari
bekerja selepas tarikh penerimaan semula setelah
segala ulasan dan syarat
dipatuhi;
-
Mengeluarkan surat sokongan permohonan pemulangan wang cagaran ke Jabatan
Kewangan dalam
tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh penerimaan
dokumen permohonan yang lengkap;
-
Mengemukakan dokumen bayaran inden/tender/sebutharga ke Jabatan Kewangan
dalam tempoh
empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen
permohonan yang lengkap;
-
Memproses kelulusan penggunaan/penyewaan kenderaan di dalam tempoh tujuh
(7) hari bekerja dari
tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap;
-
Melaksanakan kerja-kerja servis ke atas sebuah kenderaan dalam tempoh dua
(2) jam selepas
penerimaan laporan kerosakan di bengkel Majlis Bandaraya
Shah Alam (MBSA);
-
Memproses dan mengeluarkan ualsan ke atas semua permohonan Pra-Semakan
kelulusan Pelan-Pelan
Infrastruktur dalam tempoh empat belas (14) hari
bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan
yang lengkap di kaunter
urusetia OSC (PBT);
-
Mengeluarkan
Surat Sokongan Pengemukaan Pelan Infrastruktur Ke OSC (PBT) dalam tempoh
dua puluh satu (21) hari dari tarikh Temujanji Pertama yang ditetapkan
oleh pihak urusetia OSC (PBT)
dengan syarat mematuhi segala ulasan dan
keperluan majlis;
-
Mengeluarkan surat Kelulusan Pelan Infrastruktur dalam tempoh dua belas
(12) hari bekerja dari tarikh
penerimaan permohonan rasmi di kaunter OSC (PBT)
dengan syarat mematuhi segala ulasan dan
keperluan Majlis;
-
Mengeluarkan surat Kelulusan Kerja-Kerja Infrastruktur untuk sokongan
pengeluaran Sijil layak
Menduduki (CF) selewat-lewatnya empat belas (14)
hari bekerja dari tarikh lawatan tapak yang
ditetapkan oleh pihak urusetia
OSC(PBT).