Menu Utama  Profail   |  Shah Alam   |  Maklumat Umum  |  Aktiviti  | LA 21 Shah Alam   |  Arkib   |  Perkhidmatan  |  Peta Web

Profail  >> Penubuhan | Falsafah | Carta Organisasi | Ahli Majlis | Lokasi | Lagu | Logo | Bunga Rasmi | Jawatankuasa Tetap Undang-undang Kecil

 

Jabatan Kesihatan

Jabatan Kesihatan mempunyai 4 bahagian:-

  • Bahagian Persekitaran

  • Bahagian Kesihatan Awam

  • Bahagian Pentadbiran

  • Bahagian Epidemilogi

Fungsi jabatan:

BAHAGIAN PERSEKITARAN

  Unit Kawal Selia

  • Mengawal selia kerja-kerja AFSB mengikut jadual

  • Mengeluarkan NTC ke atas kerja-kerja yang perlu dilaksanakan

  • Membuat pemeriksaan keatas aduan awam dan aduan AFSB

  • Membuat pemeriksaan semak samun

  • Pemeriksaan, pengawalan aktiviti pembuangan sampah haram/terbuka

  • Pengawasan kebersihan pasar malam

  • Pengawasan kerja-kerja pembersihan gerai majlis/pasar pagi

  • Penguatkuasaan undang-undang

  • Penyeliaan dan pengurusan kerja oleh PRA

  • Membuat ‘check roll’ tuntutan overtime PRA

  • Membuat laporan dan mengisi borang kerja harian

  • Menyelaras laporan mingguan dan bulanan

   Unit Kilang

  • Pengambilan sampel dari kilang

  • Membuat pemeriksaan kilang

 

BAHAGIAN KESIHATAN AWAM    

     Unit Kawalan Mutu Makanan

  • Memeriksa, memberi ‘rating’ dan memberi ‘greding’ kepada premis makanan

  • Menutup premis makanan yang tidak suci(sanitasi)

  • Memantau premis makanan yang telah ditutup bagi tujuan membuka semula.

  • Membuka semula premis makanan yang telah ditutup atas permohonan tuan punya premis

  • Mengeluarkan kompaun/notis kepada tuan punya premis atau sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan

  • Mengambil sampel makanan di premis & menghantar sampel tersebut ke makmal untuk analisa mikribiologi,kimia & fizikal

  • Mengesan, merampas dan memusnahkan makanan yang menyalahi undang-undang dan membahayakan kesihatan

  • Membuat, menyimpan dan menghantar laporan aktiviti unit yang diperlukan

  • Menghadiri mesyuarat/kursus yang diarahkan

   Unit Pendidikan Kesihatan & Am

  • Mengurus permohonan sokongan kesihatan/tukar syarat bangunan

  • Penyeliaan dan pengurusan pemeriksaan kesihatan

  • Menyelia dan mengurus promosi/pameran pendidikan kesihatan

 

BAHAGIAN PENTADBIRAN

  • Mengurus hal ehwal pentadbiran

  • Mengurus penerimaan memo di jabatan.

  • Mengurus permohonan cuti kakitangan

  • Mengurus permohonan kerja lebih masa kakitangan

 

BAHAGIAN EPIDEMILOGI

    Unit Vektor

  • Menyiasat aduan haiwan kacauganggu yang diterima

  • Menguruskan penghantaran tandas mudahalih

  • Menyelia semburan kabus

  • Penyeliaan pembiakan aedes

  • Menyiasat kes denggi dan menyediakan laporan

  • Menjalankan aktiviti fogging di tempat potensi pembiakan nyamuk

  • Mengeluarkan kompaun untuk kesalahan yang dilakukan

  • Menyelaras laporan mingguan, bulanan dan tahunan

    Unit Kawalan Penyakit

  • Siasatan kes dan pengawalan penyakit berjangkit

  • Menyediakan perkhidmatan pengebumian jenazah

  • Menyediakan perkhidmatan penyewaan van jenazah