-
Menjawab surat-surat balasan penerimaan yang bukan diterima di kaunter dalam tempoh 5 hari bekerja di semua jabatan/bahagian.
-
Memproses permohonan pra-semakan pelan cadangan baru dalam tempoh 30 hari, hari bekerja dari tarikh penerimaan dengan syarat permohonan mematuhi syarat-syarat Majlis.
-
Memproses permohonan lengkap pelan cadangan baru dalam tempoh 30 hari, hari bekerja dari tarikh penerimaan dengan syarat permohonan mematuhi syarat-syarat Majlis.
-
Memproses dan mengeluarkan surat mula kerja untuk permohonan pelan banglo dan tambahan/pindaan kediaman pada hari yang sama penerimaan resit jelas berkuatkuasa selepas 3 hari dari tarikh surat dengan syarat permohonan mematuhi syarat-syarat Majlis.
-
Memproses dan mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki (CF) serta mengeluarkan surat sokongan pemulangan wang cagaran kepada Jabatan Kewangan dalam tempoh empat belas (14) hari, hari bekerja dari tarikh penerimaan Borang ‘E' dengan syarat pembinaan dibina mengikut pelan-pelan lulus dan keadaan tapak bersih seperti yang disyaratkan oleh Majlis.
-
Memproses permohonan permit dan mengeluarkan yuran permit dalam tempoh 7 hari, hari bekerja dan keluar surat kelulusan permit dalam tempoh 3 hari, hari bekerja dari tarikh penerimaan resit jelas.
-
Memproses dan mengeluarkan ulasan permohonan lesen ke Jabatan Pelesenan dan Penjaja dalam tempoh empat belas (14 hari, hari bekerja dari tarikh penerimaan dengan syarat mematuhi syarat-syarat Majlis.
-
Memproses dan mengeluarkan ulasan permohonan pemulangan wang cagaran ke Jabatan Kewangan dalam tempoh empat belas (14 ) hari, hari bekerja dari tarikh penerimaan dengan syarat mematuhi syarat-syarat Majlis.
-