-
Menjawab surat-surat balasan penerimaan yang bukan diterima di kaunter dalam tempoh 5 hari
bekerja di semua jabatan/bahagian;
-
Mengambil tindakan ke atas semua aduan di dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh aduan
diterima;
-
Memproses dan mengeluarkan ulasan ke atas semua permohonan permit dalam tempoh empat belas
(14) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap. Surat kelulusan permit akan
dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas tarikh penerimaan semula setelah
segala ulasan dan syarat dipatuhi;
-
Mengeluarkan surat sokongan permohonan pemulangan wang cagaran ke Jabatan Kewangan dalam
tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap;
-
Mengemukakan dokumen bayaran inden/tender/sebutharga ke Jabatan Kewangan dalam tempoh
empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap;
-
Memproses kelulusan penggunaan/penyewaan kenderaan di dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari
tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap;
-
Melaksanakan kerja-kerja servis ke atas sebuah kenderaan dalam tempoh dua (2) jam selepas
penerimaan laporan kerosakan di bengkel Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA);
-
Memproses dan mengeluarkan ulasan ke atas semua permohonan Pra-Semakan kelulusan Pelan-Pelan
Infrastruktur dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan
yang lengkap di kaunter urusetia OSC (PBT);
-
Mengeluarkan Surat Sokongan Pengemukaan Pelan Infrastruktur Ke OSC (PBT) dalam tempoh
dua puluh satu (21) hari dari tarikh Temujanji Pertama yang ditetapkan oleh pihak urusetia OSC (PBT)
dengan syarat mematuhi segala ulasan dan keperluan majlis;
-
Mengeluarkan surat Kelulusan Pelan Infrastruktur dalam tempoh dua belas (12) hari bekerja dari tarikh
penerimaan permohonan rasmi di kaunter OSC (PBT) dengan syarat mematuhi segala ulasan dan
keperluan Majlis;
-
Mengeluarkan surat Kelulusan Kerja-Kerja Infrastruktur untuk sokongan pengeluaran Sijil layak
Menduduki (CF) selewat-lewatnya empat belas (14) hari bekerja dari tarikh lawatan tapak yang
ditetapkan oleh pihak urusetia OSC(PBT).
Senarai E-mail >> Ahli Majlis | Pej.Datuk Bandar | Pej. TimbalanDatuk Bandar| Pej. Cawangan Sg. Buloh
| Pej. Cawangan Kota Kemuning | Jab. Khidmat Pengurusan | Jab.Penilaian & Pengurusan Harta
| Jab.Kewangan | Jab.Kejuruteraan | Jab. Korporat | Jab. Perancangan| Jab. Perkhidmatan Bandar | Jab. Pelesenan & Penjaja
| Jab. Penguatkuasaan | Jab. Taman & Rekreasi | Jab.Bangunan | Jab. Undang-undang | Jab. Teknologi Maklumat & Komunikasi
| Jab. Urusetia Pusat Setempat (OSC) | Bah. Audit Dalam & Pengaduan Awam | Bah. Pengurusan Stadium
| Bah. Pengurusan Hasil | Bah. Tender & Kontrak | Bah. Urusetia Mesyuarat