-
Menjawab surat-surat balasan penerimaan yang bukan diterima diterima di kaunter dalam tempoh 5 hari bekerja di semua jabatan/bahagian.
-
Keputusan bantahan akan dimaklumkan selewat-lewatnya satu (1) bulan dari tarikh Pendengaran Bantahan.
-
Permohonan gerai/pasar (dengan pelawaan) melalui iklan diproses dalam tempoh 1 bulan dari tarikh tutup iklan.
-
Selepas temuduga gerai/pasar (dengan pelawaan) surat jawapan kepada yang berjaya/tidak berjaya/simpanan dikeluarkan kepada pemohon dalam tempoh 14 hari selepas tarikh temuduga.
-
Permohonan penyewaan kemudahan Majlis (Auditorium, dewan dan lain-lain) diproses dan diberi jawapan dalam tempoh 7 hari.
-
Memberi notis penamatan kepada penyewa yang tidak membayar sewa premis Majlis dalam tempoh 7 hari setelah 2 bulan tertunggak.
-
Notis peringatan pembayaran sewa bulanan kepada penyewa dikeluarkan sebelum 15hb. setiap bulan yang berkenaan.