|
|
|
Menu Utama | Profail | Shah Alam | Maklumat Umum | Aktiviti | LA 21 Shah Alam | Arkib | Perkhidmatan | Peta Web |
|
|
Shah Alam >> Sejarah Shah Alam | Pengistiharan Bandaraya | Pelancongan |
|
|
Dataran Shah Alam -Peta-
Terletak di Persiaran Sultan yang berhampiran dengan Wisma MBSA dan lebih kurang 400 meter dari Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK), pusat pentadbiran negeri Selangor. Konsep rekabentuknya diilhamkan dari ciri-ciri menarik yang dihasilkan melalui kehalusan dan ketelusan gabungan senireka dari elemen-elemen tradisional, moden dan klasik. Dataran ini diilustrasikan dengan pentas utama yang boleh memuatkan 400 jemputan kehormat, menara jam setinggi 50 kaki, tapak dan tiang bendera setinggi 80 kaki, laman dataran dan lanskap yang menarik. Rekabina menara jam yang akan menjadi simbol utama mercu jaya berasaskan gabungan bangunan berkembar beratapkan kubah, diperindahkan melalui ciri-ciri tradisional Melayu dan 'Arabesque' Sementara tapak bendera pula berasaskan lantai bertingkat - tingkat untuk pengaliran air dan seterusnya menerbitkan pancutan air yang menghasilkan pergerakan dan bunyian melalui pengaliran dan percikan air. Disamping dihiasi dengan pokok - pokok hijau, keunikan Dataran Shah Alam diserikan lagi dengan pokok - pokok palma artifisial yang diubah suai dari konsep bunga manggar. |
|