MS ISO 9002

Sejarah ISO

  • Sebuah pertubuhan yang dinamakan sebagai " International Organization For Standardization" telah diwujudkan di Geneva tahun 1949.

  • Pertubuhan yang mempunyai lebih daripada 100 keanggotaan ini bertanggungjawab untuk membentuk panduan dan standard bagi pelbagai sektor sama ada perkilangan, pemasangan, perkhidmatan dan lain-lain.

  • Ia termasuklah standard-standard kualiti seperti ISO 9002 yang terpakai secara global diseluruh dunia.

Adakah Anda Tahu?

  • Perkataan “ISO” bukanlah akronim kepada “International Standard Organization” seperti tanggapan kebanyakan orang tetapi ia adalah satu perkataan Latin yang bermaksud “sama” atau “setara”.

  • Ia menggambarkan semua agensi yang melaksanakan ISO 9002 mempunyai persamaan dari segi standard dan sistem piawaiannya.



Prinsip ISO 9002

  • Sistem Pengurusan Kualiti
    - Sebagai jaminan terhadap kualiti pengurusan dan perkhidmatan. ISO 9002 bukanlah suatu jaminan pada produk. Ia bermaksud semua aktiviti yang dijalankan.

  • Prosedur Yang Di dokumentasikan
    - Semua aktiviti yang terlibat dengan Sistem Kualiti hendaklah didokumentasikan.

  • Melaksanakan Prosedur Yang Didokumentasikan
    - Semua aktiviti hendaklah dilaksanakan mengikut prosedur yang telah didokumentasikan.

  • Buktikan Apa Yang Dilaksanakan
    - Iaitu aktiviti yang berkaitan hendaklah direkodkan secara bersistematik.

  • Memenuhi Kehendak Pelanggan
    - Semua aktiviti yang berkaitan mestilah mempunyai Piagam Pelanggan masing-masing. Ia adalah suatu jaminan kualiti perkhidmatan daripada organisasi kepada pelanggan.

  • Mengutamakan Langkah Pencegahan
    - Pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman merupakan satu mekanisme untuk mengenal pasti sama ada aktiviti berkaitan dilaksanakan mengikut kehendak prosedur atau tidak. Hasilnya adalah penambahbaikan yang berterusan terhadap Sistem Kualiti yang dibangunkan.

Kenapa MBSA Perlu Melaksanakan ISO 9002.

  • Memenuhi Kehendak Pelanggan
    - Pelanggan ialah orang ramai yang berhubung dengan MBSA.Untuk memastikan perkhidmatan yang sentiasa cekap dan efisien, Piagam Pelanggan dirangka sebagai suatu janji /komitmen MBSA kepada para pelanggan mereka (orang ramai)

  • Memastikan Kualiti Perkhidmatan Sentiasa Konsisten
     - Untuk mengelakkan double standard dalam perkhidmatan, semua aktiviti dijalankan mengikut prosedur yang telahdidokumenkan. Kegagalan berbuat demikian dianggap sebagai Ketidakpatuhan (Non-Conformance)

  • ISO 9002 Sebagai Asas Kepada Penambahbaikan Yang Berterusan  
    - Di dalam Sistem ISO 9002 terdapat beberapa mekanisme yang digunakan untuk mengukur keberkesanan bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Mekanisme ini akan dilaksanakan daripada masa ke semasa untuk memastikan proses penambahbaikan akan berlaku secara konsisten.

Skop pensijilan MS ISO 9001 : 2000 di MBSA 12 aktiviti iaitu:-

  • Prosedur Berpusat
    ( Jbtn. Bahagian Latihan & Kualiti )
    ( Jbtn. Sistem Maklumat & Komunikasi )
    ( Bahagian Audit Dalam )
    ( Bahagian Sumber Manusia )
    ( Bahagian Bekalan & Logistik )

  • Pengurusan Tender & Kontrak
    ( Bahagian Tender & Kontrak )

  • Kelulusan CF
    ( Jbtn. Perancangan, Kejuruteraan, Taman & Rekreasi )

  • Kelulusan Pelan Bangunan
    ( Jbtn. Bangunan Perancangan, Kejuruteraan Taman & Rekreasi )

  • Kelulusan Lesen
    ( Jbtn. Pelesenan & Penjaja )

  • Kelulusan Pelan Susunatur
    ( Jbtn. Perancangan, Kejuruteraan )

  • Kelulusan Pelan Pendirian Bangunan
    ( Jbtn. Perancangan, Bangunan, Kejuruteraan )

  • Kelulusan Pelan Infra
    ( Jbtn. Kejuruteraan )

  • Kelulusan Pelan Lanskap
    ( Jbtn. Taman & Rekreasi )

  • Pengurusan Cukai Taksiran
    ( Jbtn. Penilaian )

  • Kutipan Cukai Taksiran
    (Jbtn. Kewangan)

  • Pengurusan Bayaran
    (Jbtn. Kewangan)
PAUTAN | | PERKHIDMATAN | | LA 21 SHAH ALAM | | ARKIB | | PETA WEB
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM Copyright © 2005 [Webmaster MBSA]
Tingkat 1, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran 40000 Shah Alam
Tel : 603-55105133 Fax : 603-55108010 E-mail : mbsa@mbsa.gov.my