LEMBAGA RAYUAN
::: PROFAIL :::
-
Ditubuhkan dibawah Peruntukan Seksyen (36), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
-
Ditugaskan bagi menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 36(2) Akta 172, Pihak Berkuasa Negeri Selangor dengan persetujuan Menteri telah melantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Rayuan Selangor.
FUNGSI LEMBAGA RAYUAN
-
Lembaga Rayuan sebagai satu badan berkecuali (independent body) yang dilantik oleh Piha Berkuasa Negeri bagi menyelesaikan pertikaian di antara perayu dengan pihak berkuasa perancang tempatan khususnya yang terbit dari sesuatu keputusan perancangan yang mana perayu itu sama ada sebagai pembantahan, pemohon, pemilik atau pengguna merasa terkilan.
-
Lembaga Rayuan sebagai suatu tribunal bertanggungjawab mendengar, mempertimbang dan membuat keputusan kepada kes-kes sebagaimana dinyatakan di bawah Akta 172 dan Akta (Pindaan) A933, Akta Perancangan Bandar dan Desa.
JENIS-JENIS RAYUAN
1. Notis Permintaan
- Jika tuanpunya tanah merasa terkilan untuk mematuhi permintaan-permintaan atau syarat-syarat dalam notis permintaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri seperti:
- Minta supaya dihentikan penggunaan itu;
- Mengenakan apa-apa syarat bagi penggunaan tanah itu yang berterusan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis permintaan itu, atau;
- Meminta supaya langkah-langkah yang dinyatakan dalam notis permintaan diambil untuk mengubah atau memindahkan bangunan kerja itu.
2. Rayuan Oleh Pemohon Terhadap Keputusan Majlis [ Seksyen 23(1) (a) & (b) ]
- Bagi seseorang yang terkilan dengan penolakan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai permohonan kebenaran merancang atau syarat yang dikenakan dalam memberikan kebenaran merancang.
- Bagi seseorang yang terkilan dengan keputusan Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan bantahan yang dibuat menurut seksyen 21(b).
3. Amaun Pampasan [Seksyen 25(9)]
- Bagi seseorang yang terkilan dengan amaun sesuatu pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya akibat penarikan balik dan pengubahsuaian kebenaran merancang dan melulus pelan bangunan.
4. Amaun Pampasan Akibat Notis Permintaan [Seksyen 30(7)]
- Bagi seseorang yang terkilan dengan amaun pampasan yang ditawarkan oleh PBT akibat menanggung kerosakan yang berupa kekusutan nilai tanah, kerana mematuhi kos permintaan PBT.
5. Rayuan Terhadap Pemerintah Pemeliharaan Pokok (Seksyen 35C)
- Jika seseorang itu terkilan
- Suatu Perintah Pemeliharaan Pokok,
- Mana-mana Peruntukan dalam suatu Perintah Pemeliharaan Pokok,
i. Penolakan pemberian kebenaran bertulis;
ii. Mana-mana syarat yang dikenakan ke atas pemberian suatu
kebenaran bertulis, dibawah perenggan (a) seksyen 35A(2)
Suatu perintah untuk menanam atau menggantikan pokok di
bawah perenggan (b) seksyen 35 A(2)
- Suatu perintah untuk menanam atau menggantikan pokok di bawah perenggan (b) seksyen 35 A(2).
6. Pampasan Di Bawah Perintah Pemeliharaan Pokok (Seksyen 35D)
- Jika pemunya tanah yang tanahnya dimaksudkan oleh sesuatu Perinyah Pemeliharaan Pokok yang di awardkan, membuktikan bahawa dia mengalami kerugian yang berupa kekusutan dalam nilai tanahnya, akibat dari mematuhi perenggan (a) hingga (d) Seksyen 35 C.
7. Rayuan Terhadap Perintah Menggantikan Semula Pokok (Seksyen 35E)
- Bilamana orang yang telah didapati bersalah di bawah seksyen 35A(4) kerana menebang pokok yang tertaluk kepad Perintah Pemeliharaan Pokok, yang dikehendaki menggantikan pokok itu dengan menanam suatu pokok yang lain.
|
|
|