|
Shah Alam terkenal
sebagai bandaraya anggerik. Renantanda Shah Alam lahir pada tahun
1986 hasil dari kacukan Renanthere Kalsom dan Vanda Penang.
Bunga ini mula
mengeluarkan bunga pada tahun 1990 dan didaftarkan di Queen
Elizabeth Botanical Garden, London.
MBSA bergiat aktif
di dalam aktiviti anggerik mulai tahun 1990 dengan menganjurkan
Festival Anggerik Antarabangsa setiap tahun.
Pada 24 April
hingga 2 Mei 2002, Kerajaan Negeri Selangor melalui MBSA diberi
penghormatan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Anggerik Sedunia
ke-17 (17th. World Orchid Conference 2002). Persidangan tiga tahun
sekali ini, menjadi lokasi pertemuan hampir 2,000 delegasi yang
terlibat di dalam industri anggerik seluruh dunia.
|