| Bulan sabit dan bintang |
: |
Melambangkan Islam sebagai agama rasmi serta kedaulatan raja-raja di Malaysia. |
| Bintang pecah lima |
: |
Melambangkan 5 rukun islam yang menjadi pedoman untuk semua manusia secara amnya dan khususnya untuk warga Majlis Bandaraya Shah Alam dalam melakukan tanggungjawab seharian. |
| Harimau |
: |
Melambangkan peranan, fungsi dan tanggungjawab Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai pihak berkuasa yang merancang dan membangunkan bandaraya Shah Alam disamping menguatkuasa undang-undang yang berkaitan. |
| Rusa |
: |
Melambangkan kesetiaan rakyat jelata amnya dan warga Majlis Bandaraya Shah Alam khasnya kepada raja dan negara.
*Kedua-dua motif Harimau dan Rusa adalah kesinambungan dari logo asal Majlis Perbandaran Shah Alam. |
| Lembing |
: |
Melambangkan kesediaan rakyat jelata amnya dan warga Majlis Bandaraya Shah Alam khasnya mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu dan menegakkan perlembagaan negara. |
| Bunga Orkid |
: |
Bunga rasmi bandaraya Shah Alam (Renantanda Shah Alam) |
| Corak geometri Arabesque |
: |
Melambangkan 6 matlamat;
| 1. Mewujudkan bandaraya Shah Alam sebagai bandaraya yang beridentiti |
| 2. Menjadikan Shah Alam sebuah bandar raya yang selesa melalui perancangan pembangunan yang teratur dan terkawal; |
| 3. Berusaha memelihara dan memulihara alam sekitar; |
| 4. Mengutamakan pelanggan dalam memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkesan secara berterusan; |
| 5. Memastikan pembangunan kemanusiaan seimbang dengan pembangunan fizikal; |
| 6. Menjadi sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang unggul dan cemerlang yang bertaraf dunia. |
|
| Warna |
: |
Keseimbangan keseluruhan rekabentuk telah dihasilkan dengan menggabungkan warna panas (merah/oren) dan sejuk (putih/biru). Warna-warna ini mencerminkan imej Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai sebuah organisasi yang dinamik yang menyediakan perkhidmatan yang bersih, cekap, amanah dan mesra. |
| Merah/kuning |
: |
Warna rasmi untuk negeri Selangor. |
| Putih |
: |
Memberi gambaran keadaan yang asli, bersih dan suci yang melambangkan asas kepada budaya kerja yang diamalkan oleh warga kerja Majlis Bandaraya Shah Alam yang menekankan kepada etika perkhidmatan dan nilai-nilai kerohanian yang bersih, murni dan amanah. |
| Biru |
: |
Memberi gambaran keadaan yang tenang dan damai yang menyelubungi persekitaran kerja di Majlis Bandaraya Shah Alam yang menghasilkan penyediaan perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra. |