| Bulan
sabit dan bintang |
: |
Melambangkan
Islam sebagai agama rasmi serta kedaulatan raja-raja di
Malaysia. |
| Bintang
pecah lima |
: |
Melambangkan
5 rukun islam yang menjadi pedoman untuk semua manusia secara
amnya dan khususnya untuk warga Majlis Bandaraya Shah Alam
dalam melakukan tanggungjawab seharian. |
| Harimau |
: |
Melambangkan
peranan, fungsi dan tanggungjawab Majlis Bandaraya Shah Alam
sebagai pihak berkuasa yang merancang dan membangunkan
bandaraya Shah Alam disamping menguatkuasa undang-undang yang
berkaitan.
|
| Rusa |
: |
Melambangkan
kesetiaan rakyat jelata amnya dan warga Majlis Bandaraya Shah
Alam khasnya kepada raja dan negara.
*Kedua-dua
motif Harimau dan Rusa adalah kesinambungan dari logo asal
Majlis Perbandaran Shah Alam. |
| Lembing |
: |
Melambangkan
kesediaan rakyat jelata amnya dan warga Majlis Bandaraya Shah
Alam khasnya mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu dan
menegakkan perlembagaan negara.
|
| Bunga
Orkid |
: |
Bunga
rasmi bandaraya Shah Alam (Renantada shah alam)
|
| Corak
geometri Arabesque |
: |
Melambangkan
6 matlamat;
- Mewujudkan
bandaraya Shah Alam sebagai bandaraya yang
beridentiti
|
- Menjadikan
Shah Alam sebuah bandar raya yang selesa melalui
perancangan pembangunan yang teratur dan terkawal;
|
- Berusaha
memelihara dan memulihara alam sekitar;
|
- Mengutamakan
pelanggan dalam memberi perkhidmatan yang cekap,
tepat dan berkesan secara berterusan;
|
- Memastikan
pembangunan kemanusiaan seimbang dengan pembangunan
fizikal;
|
- Menjadi
sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang unggul dan
cemerlang yang bertaraf dunia.
|
|
| Warna |
: |
Keseimbangan
keseluruhan rekabentuk telah dihasilkan dengan menggabungkan
warna panas (merah/oren) dan sejuk (putih/biru). Warna-warna
ini mencerminkan imej Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai
sebuah organisasi yang dinamik yang menyediakan perkhidmatan
yang bersih, cekap, amanah dan mesra. |
| Merah/kuning |
: |
Warna
rasmi untuk negeri Selangor. |
| Putih |
: |
Memberi
gambaran keadaan yang asli, bersih dan suci yang melambangkan
asas kepada budaya kerja yang diamalkan oleh warga kerja
Majlis Bandaraya Shah Alam yang menekankan kepada etika
perkhidmatan dan nilai-nilai kerohanian yang bersih, murni dan
amanah. |
| Biru |
: |
Memberi
gambaran keadaan yang tenang dan damai yang menyelubungi
persekitaran kerja di Majlis Bandaraya Shah Alam yang
menghasilkan penyediaan perkhidmatan yang cekap, tepat dan
mesra. |