PENUBUHAN MBSA

  • Shah Alam ditadbirkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang ditubuhkan serentak dengan perisytiharan Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. 

  • MBSA yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) ditubuhkan pada 7 Disember 1978 serentak dengan perisytiharan bandar Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor Darul Ehsan. Bagaimanapun pentadbiran MBSA hanya mula beroperasi pada 1 Januari 1979.

  • Pada peringkat permulaan, pentadbiran MBSA beroperasi di rumah kedai, Seksyen 3 dan kemudian di Kompleks PKNS pada tahun 1981. Hanya pada tahun 1988 kakitangan MBSA berpindah ke sebuah bangunan 28 tingkat yang dikenali sebagai WISMA MBSA.

  • Bangunan berharga RM141 juta ini menempatkan keseluruhan jabatan MBSA. Ruang Wisma juga disewakan kepada jabatan kerajaan dan sektor swasta.


PAUTAN | | PERKHIDMATAN | | LA 21 SHAH ALAM | | ARKIB | | PETA WEB
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM Copyright © 2005 [Webmaster MBSA]
Tingkat 1, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran 40000 Shah Alam
Tel : 603-55105133 Fax : 603-55108010 E-mail : mbsa@mbsa.gov.my