SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
Tugas untuk meneraju Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti MBSA ini adalah satu tugas yang penuh cabaran. namun saya yakin dan percaya melalui kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh ahli-ahli Majlis dan juga seluruh warga kerja MBSA kecemerlangan ini akan dapat terus dipertahankan malahan dapat dipertingkatkan.
Dekad ini, masyarakat kita menjadi semakin bijak dan sentiasa memastikan hak-hak sebagai pembayar cukai dapat dipenuhi oleh PBT. Lebih-lebih lagi Negeri Selangor yang telah mencapai status negeri maju sudah pasti keperluan dan perkhidmatan yang diberikan haruslah seiringan dengan status sebuah negeri maju.
Dalam hal ini, saya akan menerapkan nilai-nilai kerja secara berpasukan (teamwork) di dalam pentadbiran MBSA agar perkhidmatan yang professional dan cekap dapat diberikan kepada pelanggan khususnya warga bandaraya Shah Alam.
Akhir kata, saya mengharapkan sokongan daripada semua pihak dan bersedia untuk mendengar pandangan dan kritikan yang positif daripada orang ramai demi untuk melihat bandaraya Shah Alam yang kita sayangi ini akan sentiasa sejahtera, harmonis, aman dan juga damai.
Sekian. Wassalam.
Y.Bhg. Tuan Mazalan bin Md. Noor
Datuk Bandar,
Majlis Bandaraya
Shah Alam