Menu Utama  |  Profail   |  Shah Alam   |  Maklumat Umum  |  Aktiviti   | LA 21 Shah Alam   |  Arkib  |  Perkhidmatan  |  Peta Web 

Profail >> Penubuhan | Falsafah | Carta Organisasi | Ahli Majlis | Lokasi | Lagu | Logo | Bunga Rasmi | Jawatankuasa Tetap

BICARA KATA

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa syukur kehadrat Allah S.W.T kerana telah dilantik menjadi Datuk Bandar Shah Alam ketiga sejak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diisytiharkan sebagai bandaraya pada tahun 2000.

Perlantikan ini merupakan amanah dan tanggungjawab yang cukup mencabar bagi saya terutamanya untuk mentadbir pengurusan harian organisasi MBSA dan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti serta menepati keperluan dan hasrat para pelanggan.

Walupun begitu cabaran yang mendatang ini akan sama-sama ditangani secara profesional dan sudah tentu setiap keputusan yang diambil akan mengambil kira keperluan dan kehendak masyarakat khususnya warga kota Shah Alam. Saya menaruh keyakinan dan kepercayaan melalui iltizam dan komitmen berterusan daripada ahli-ahli Majlis dan warga kerja MBSA, tugas berat yang dipikul ini akan menjadi mudah dan berjaya dilaksanakan.

Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selaku peneraju utamanya memikul tanggungjawab yang cukup besar untuk memastikan para pelanggan khususnya warga bandaraya Shah Alam mendapat perkhidmatan yang berkualti, cekap dan juga efesien.

Selaku Datuk Bandar, saya bersedia untuk mendukung amanah ini sebaik mungkin dan berharap warga kota Shah Alam dan juga warga kerja MBSA akan berganding tangan bersama saya untuk memastikan segala bentuk perancangan dan pembangunan yang telah digariskan akan dapat direalisasikan bagi memastikan hasrat untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandaraya  bestari akan tercapai.

Akhir kata, saya amat mengalu-alukan pandangan, cadangan, ide-ide dan juga kritikan yang membina daripada masyarakat untuk memantapkan lagi perkhidmatan dan akhirnya akan dapat memacu halatuju MBSA untuk menjadi sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terus cemerlang.

Sekian. Terima Kasih.

RAMLI MAHMUD
Datuk Bandar Shah Alam