PUSAT AKUATIK
- Peta -
Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE) merupakan sebuah kompleks sukan renang yang bertaraf antarabangsa yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Pihak pengurusan PADE telah membuka program kelas renang, kelas aerobik dan kelas menyelam scuba untuk semua lapisan masyarakat serta dibuka kepada orang awam bagi aktiviti riadah.
Kompleks ini merupakan antara koleksi mercu tanda paling mutakhir di Shah Alam. Terletak kira-kira 3 km dari Stadium Shah Alam, Pusat Akuatik Nasional dibina mengikut speksifikasi antarabangsa selaras dengan keperluan badan renang antarabangsa iaitu Persekutuan Renang Antarabangsa.
Pusat yang dilindungi seperti payung besar ini mempunyai tempat duduk tetap sebanyak 4,000 dan 2,000 lagi kerusi sementara. Kolam renang bersaiz Olimpik di pusat ini boleh menganjurkan kejohanan bertaraf dunia. Ia mempunyai kolam untuk renang, terjun dan renang berirama.
WAKTU BEROPERASI
Isnin - Ahad & Cuti Awam
Sessi |
Masa |
1
|
9.00 am - 11.30 am |
2 |
12.00 pm - 2.30 pm |
3 |
3.00 pm - 5.30 pm |
4 |
6.00 pm - 8.30 pm |
BAYARAN
Isnin - Jumaat
| Kolam Terbuka |
Dewasa
Kanak - kanak |
RM 2.00
RM 1.50 |
| Kolam Tertutup |
Dewasa
Kanak-kanak |
RM 3.00
RM 3.00 |
Sabtu - Ahad & Cuti Umum
| Kolam Terbuka |
Dewasa
Kanak - kanak |
RM 2.50
RM 2.00 |
| Kolam Tertutup |
Dewasa
Kanak-kanak |
RM 3.50
RM 3.50 |
KETERANGAN LANJUT :
Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE)
Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
TEL:(60) 3 - 5519 8133
|