PENGISYTIHARAN BANDARAYA
Kepesatan pembangunan Shah Alam dan kepentingan yang semakin ketara telah membawa kepada kenaikan taraf daripada perbandaran kepada bandaraya.
Pada 10 Oktober 2000, Shah Alam diisytiharkan sebagai bandaraya dan Majlis Perbandaran Shah Alam kini dikenali sebagai Majlis Bandaraya Shah Alam.
Upacara gilang gemilang dengan mengekalkan adat istiadat Melayu dilangsungkan penuh kemeriahan di Dataran Shah Alam. Y.Bhg Dato' Haji Abu Sujak Haji Mahmud dilantik sebagai Datuk Bandar yang Pertama.
Dengan pengisytiharan ini, Shah Alam menjadi bandaraya ke-7 di Malaysia selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Ipoh dan Majlis Bandaraya Kota Kinabalu.
Pemberian taraf bandaraya kepada Shah Alam adalah berdasarkan penyesuaian kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Antara kriteria utama yang ditetapkan adalah:
-
Menjadi bandar Ibu Negeri.
-
Mempunyai jumlah penduduk melebihi 400,000 orang.
-
Menjadi Pusat Pentadbiran, Perniagaan dan Perdagangan.
-
Jumlah pendapatan tahunan melebihi RM100 juta.
|