TAMAN BUKIT CAHAYA SERI ALAM
- Peta -
Taman Bukit Cahaya Seri Alammerupakan sebuah taman pertanian pertama dan terbesar di Malaysia. Di samping sebagai sebuah pusat rekreasi,dan merupakan satu-satunya taman pemeliharaan semulajadi Malaysia. Taman ini juga berperanan sebagai pusat rujukan dan kajian dalam bidang pertanian.
Keluasan taman ini meliputi 865 hektar dan menawarkan tempat-tempat menarik seperti sawah padi, taman kaktus, taman orkid, taman rama-rama, taman rempah ratus, tempat memancing dan sebagainya yang berkonsepkan alam semulajadi. Ianya amat sesuai untuk keluarga dan pelajar-pelajar serta dibuka untuk orang ramai.
MASA BEROPERASI
Selasa- Ahad |
9:00 am - 5:00 pm |
| Cuti Sekolah |
Dibuka setiap hari |
BAYARAN MASUK
| Dewasa |
:RM 3.00 |
| Kanak-kanak |
:RM 1.00 |
| Pelawat yang datang melebihi 50 orang |
:Potongan 20% dari hari biasa
:Potongan 10% bagi hari minggu dan kelepasan am |
|