TAMAN TASIK SHAH ALAM

- Peta -

Taman Tasik Shah Alam terletak di tengah pusat bandar Shah Alam yang menggabungkan tiga buah tasik buatan manusia. Tasik -tasik ini adalah Tasik Damai di sebelah timur, Tasik Indah di bahagian tengah dan Tasik Permai di sebelah barat.

Terdapat lanskap yang indah dan menghijau, kawasan seluas 43 hektar ini turut menjadi habitat kepada hidupan air tawar. Di sini, juga terdapat burung undan, burung merak dan pelbagai spesis burung serta terdapat juga  ayam hutan yang dipelihara. Sememangnya ketenangan boleh didapati di Taman Tasik Shah Alam ini.

 
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM Copyright © 2005 [Webmaster MBSA]
Tingkat 1, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran 40000 Shah Alam
Tel : 603-55105133 Fax : 603-55108010 E-mail : mbsa@mbsa.gov.my