TAMAN TEMA WET WORLD

- Peta -

Wet World Shah ALam berhadapan dengan keindahan Taman Tasik Shah Alam dan dibina dengan mengutamakan keselamatan para pengunjung terutama di kalangan kanak-kanak di mana tahap airnya tidak melebihi 1 meter.

Wet World Shah Alam yang berwarna-warni ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Sejak perasmiannya pada tahun 1996, taman tema air ini sentiasa dikerumuni kana-kanak yang gemarkan permainan air ini.

Antara tarikan permainan airnya ialah Fountain of Youth, Cascading Waterfalls, Neptune Challenge, Atlantis City, Lighthouse Escape, Tunnel Water Slide dan Tresure Island.

Walaubagaimanapun, tarikan yang paling popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa ialah Monsoon Buster, sebuah gelungsur air berbukit yang terpanjang di Asia. Ianya berukuran 225 meter panjang, Monsoon Buster berfungsi menggunakan jet-jet air yang menentang daya tarikan graviti bumi.

Anak-anak kecil pasti terpegun dengan rekaan kolam dan permainan air berupa fantasi dunia mereka seperti kapal selam kuning, gelungsur tiram, ikan paus, kura-kura dan cendawan gergasi.

MASA BEROPERASI

BAYARAN MASUK

Isnin, Selasa, 
Khamis & Jumaat

 1.00pm - 7.00pm

Dewasa

Kanak-Kanak

Sabtu, Ahad , Cuti Am 
& Cuti Sekolah 

 10.00am - 7.00pm

Hari Biasa

RM 7.00

RM 5.00

(Tutup pada hari Rabu, kecuali pada cuti am dan cuti sekolah)

Cuti Am /
Cuti Sekolah

RM 10.00

RM 6.00

KETERANGAN LANJUT:

WET WORLD WATER PARK,
Persiaran Dato' Menteri,
Seksyen 2,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Tel: (60) 3 - 5510 2588
Fax: (60) 3- 5510 7619
e-mail: ww2020@pd.jaring.my
website: www.wetworld.com.my


 
PAUTAN | | PERKHIDMATAN | | LA 21 SHAH ALAM | | ARKIB | | PETA WEB
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM Copyright © 2005 [Webmaster MBSA]
Tingkat 1, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran 40000 Shah Alam
Tel : 603-55105133 Fax : 603-55108010 E-mail : mbsa@mbsa.gov.my