Jawatan Kosong

​​​​​​​​​​​Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.



​BIL.
JAWATAN​
GRED​
​​​KEKOSONGAN
​KONTRAK
​A
​ ​GRED LANTIKAN
​1.
PEGAWAI PENGUATKUASA
KP41
​1​
​2.
​PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN
S29
​1
​3.
​PENOLONG AKAUNTAN
W29
​1
​4.
PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
​U29
1
5.​
PENOLONG PEGAWAI TADBIR
N29
1
​6.
PENOLONG PEGAWAI SENIBINA
JA29
​1
​7.
​PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
W19
​2


​ ​
​​​KLASIFIKASI PERKHIDM​​ATAN
​​JA
​Perkhidmatan Kejuruteraan
KP
​Perkhidmatan K​eselamatan dan Pertahanan Awam
​N
​Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
S
​​Perkhidmatan Sosial
U
​Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan
​W
​Perkhidmatan Kewangan


​SYARAT-SYARAT PERM​OHONAN

TERTAKLUK DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
  1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
  3. Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan.
  4. Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan.
  5. Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga.
  6. Permohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat.
  7. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


​​​PERMOHO​​NAN
​​

Borang (MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.00 tunai/naskah.

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

Seksyen Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 26, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor

Tarikh iklan dikeluarkan :  : 20 Oktober 2020
Tarikh tutup permohonan adalah pada : 3 November 2020