MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM LAKSANA KEMPEN BAYARAN KOMPAUN DAN CUKAI TAKSIRAN ATAS TALIAN DI JomPAY - MEMUDAHKAN URUSAN ORANG RAMAI MEMBUAT PEMBAYARAN KEPADA PIHAK MAJLIS

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sedang melaksanakan Kempen Bayaran Kompaun dan Cukai Taksiran melalui saluran atas talian (online) JomPAY dari 1 Jun 2016 sehingga 31 Ogos 2016. Kempen ini diadakan dengan kerjasama Bank Muamalat dan Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd (MyClear). 

Kempen ini dilaksanakan untuk menggalakkan orang ramai khususnya pembayar-pembayar cukai untuk menjelaskan kompaun dan cukai taksiran melalui atas talian (online) saluran JomPAY.

Selain itu,  pembayaran melalui kaedah JomPAY ini dapat ​menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan atas talian (online) sebagai salah satu keaedah pembayaran kepada pihak MBSA tanpa perlu menunggu di kaunter.

Bagi menggalakan orang ramai membuat pembayaran melalui saluran JomPAY,  pelbagai insentif akan disediakan kepada para pemenang bertuah yang telah membuat membuat bayaran.  Antara hadiah-hadiah yang disediakan adalah  wang tunai bernilai RM4,000 bagi 2 orang pemenang,  telefon bimbit model Iphone 6S bagi 3 orang pemenang serta baucher tunai bernilai RM1,000 kepada 20 orang pemenang.

Orang ramai hanya perlu mendaftar masuk ke dalam laman sesawang atau portal bank, memasukkan biller code 7567 (Bayaran Cukai Taksiran), dan biller code 6726 (Bayaran kompaun), nombor akaun baru cukai taksiran / nombor kompaun pada ref1 serta nombor telefon pada ref2 dan seterusnya jumlah bayaran.

Terma & Syarat Kempen JomPAY :

  1. Pelanggan yang layak dipertimbangkan adalah pemilik yang menjelaskan bayaran Cukai Taksiran MBSA atau Kompaun MBSA sepanjang tempoh 1 Jun - 31 Ogos 2016 sahaja.
  2. Pelanggan perlu menjelaskan bayaran penuh untuk Cukai Taksiran MBSA (tiada tunggakan) atau Kompaun MBSA.
  3. Pemilihan pemenang akan dibuat pada bulan September 2016 dan penyerahan hadiah pada bulan Oktober 2016. Keputusan Majlis adalah muktamad.​

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, orang ramai boleh menghubungi Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan MBSA di talian 03-55222882 atau 03-55105133 sambungan 1477, 1657 dan 1658