PELAKSANAAN SISTEM LALUAN KONTRA KE ARAH PUSAT BANDAR SHAH ALAM DI LKSA

Kuala Lumpur, 20 Oktober 2016 – Projek Lintasan Shah Alam Sdn Bhd, pengendali Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), akan melaksanakan sistem laluan kontra dari KM5.2 hingga KM7.6 menghala ke Pusat Bandar Shah Alam bermula dari 1 November 2016.

Pelaksanaan sistem laluan kontra ini akan dijalankan pada hari Isnin hingga hari Jumaat bermula dari pukul 6.30 pagi sehingga 8.30 pagi dan hanya dibuka kepada kenderaan ringan sahaja.

Usaha menjalankan sistem ini adalah sebahagian daripada langkah penambahbaikan pengurusan trafik di LKSA, sejajar dengan hasrat syarikat untuk menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna.

Untuk itu, para pengguna lebuh raya diminta mematuhi arahan kawalan trafik untuk memastikan perjalanan yang lancar.

Pengguna lebuh raya boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter – LKSAtrafik. Sebarang maklumat lanjut berhubung LKSA, sila layari laman web www.prolintas.com.my atau Facebook di PROLINTAS Highways.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol 1-300-88-2801.​

Sumber :  www.prolintas.com.my.​​