​SKIM INSENTIF GAYA HIDUP RENDAH KARBON KEPADA PEMILIK KEDIAMAN YANG MENGAMALKAN GAYA HIJAU DI SHAH ALAM 2017/2018


LATAR BELAKANG
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 8 Jun 2015 melalui jalinan kerjasama dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air (KeTTHA), Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) dan Malaysian Institute Planners (MIP) telah mula mengorak langkah dalam merealisasikan matlamat Shah Alam Bandaraya Rendah Karbon 2030. Bagi
memastikan Pelan Tindakan Rendah Karbon MBSA yang disediakan memenuhi tahap pencapaian pengurangan karbon lebih 3% setahun. MBSA mula memperkenalkan skim insentif dalam bentuk rebet cukai kepada pemilik bangunan yang mengamalkan Gaya Hidup Rendah Karbon di kawasan perumahan Shah Alam. 

Skim ini bertujuan memberikan galakan insentif terhadap inisiatif Rendah Karbon dan 
menyokong dasar Pembangunan Mampan yang telah dilaksanakan di kawasan Shah Alam.Program seumpama ini dilaksanakan bagi membantu pengurangan karbon di Shah Alam. Antara aspek inisiatif yang diambil kira iaitu Sumber Tenaga, Sumber Air, Pengurusan Sisa Pepejal, Pengangkutan, Alam Sekitar dan Alam Bina.

SYARAT-SYARAT

  1. Skim Insentif Gaya Hidup Hijau ini ditawarkan bagi Pemilik Rumah yang Mesra Alamdan Mampan mengikut kriteria di Jadual 1.
  2. Skim ini terbuka kepada Pemilik dan Penyewa semua jenis rumah seperti rumah sesebuah, berkembar, teres, rumah pangsa, kondominium dan pangsapuri.
  3. Had tertinggi insentif tertinggi sehingga RM300 sahaja.
  4. Tuntutan insentif akan disalurkan melalui akaun pemohon hendaklah dikemukakan dengan borang yang disediakan oleh Majlis dan tuntutan hanya akan diluluskan setelah diperakui oleh Majlis ataupun ahli panel perunding yang dilantik oleh Majlis.
  5. Bagi tujuan penilaian, pemilik hendaklah bersetuju supaya salinan dokumen yang diperlukan dikemukakan dan membenarkan lawatan dibuat oleh Majlis dan panel juri yang dilantik bagi tujuan penyemakan dan pengesahan, sekiranya perlu.
  6. Pemilik akan dimaklumkan menerusi pemakluman surat ataupun emel oleh pihak Majlis.
  7. Dokumen yang perlu dikemukakan bersama Borang Permohonan ialah :
    a) Salinan Kad Pengenalan 
    b) Salinan Cukai Taksiran Bagi 1 Tahun (tahun semasa)
    c) Salinan Bil Air & Elektrik Setahun bagi 2016 & 2017
    d) 
    Salinan Gambar Inisiatif bukti-bukti Rendah Karbon yang Dilaksanakan kriteria berkaitan yang dipilih 
    e) Salinan Perjanjian Sewaan (jika berkaitan penyewa)
  8. Peserta perlu memilih sekurang-kurangnya 3 kriteria.
  9. Pemohon juga hendaklah bebas dari sebarang Tunggakan dan Kompaun yang dikenakan oleh MBSA.
  10. Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 31 Julai 2018
  11. Borang permohonan boleh didapati di laman web rasmi MBSA iaitu www.mbsa.gov.my Keutamaan penyertaan adalah melalui online. Walau bagaimanapun, “soft copy” boleh didapati dari urusetia. Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke :

    Urusetia,
    Bahagian Pembangunan Mampan,
    Jabatan Perancangan,
    Tingkat 19, Wisma MBSA,
    Persiaran Perbandaran,
    40000 SHAH ALAM
    Emel : la21shahalam@gmail.com
    No. Tel : 03 – 5522 2863 @sambungan 1568/ 1571/ 1572/ 1573
    Faks : 03 – 5513 9471 

    BORANG PERMOHONAN
    Muat Turun