​SOALAN LAZIM

Tambahan Pindahaan & Pelan Pembangunan


1. Tambahan 1 Kepada 2 Tingkat

S : Rumah kediaman saya adalah jenis Rumah Teres 1 Tingkat. Bolehkah saya menambah rumah saya kepada 2 tingkat?
​J:
Pihak Majlis tiada halangan bagi cadangan pemilik rumah kediaman jenis Rumah Teres 1 Tingkat menambah kepada 2 tingkat. Ini adalah kerana pada 16 Disember 2011 pihak Majlis telah meluluskan kertas cadangan bagi penetapan dasar berhubung permohonan penambahan tingkat dari rumah kediaman jenis teres 1 tingkat kepada 2 tingkat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat Kali-23 Tahun 2011 Sesi  2010/2011 (23/2011).
Walau bagaimanapun, terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon sebelum cadangan boleh diluluskan oleh Majlis.

​Catitan
Sila datang ke Kaunter Jabatan Bangunan di Tkt 8, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran, 40000, Shah Alam
Hubungi
Pn. Noraidah binti Haji Basri
En. Mohd. Nuhairi bin Mohd. Bakri
En. Mohd. Azri bin Jantan
Ditalian
03-5522 2841
03-5510 5133 samb 1269/1517/1471

 
2. Tambahan Pada Kawasan Anjakan Bangunan

S : Rumah kediaman saya adalah jenis Rumah Berkembar 2 tingkat. Bolehkah saya menambah rumah saya dalam kawasan anjakan bangunan?
​J:
Pemilik bagi rumah kediaman jenis Rumah Berkembar boleh membuat tambahan di dalam kawasan anjakan dengan syarat-syarat berikut:
Perlu meninggalkan jarak minima dari garisan sempadan lot (pagar) ke
                    

Bahagian

Tiang (teres terbuka/ anjung kereta

Dinding

Cucur atap

Hadapan

3M / 10’ 0”

6M / 20’0”

1.8M / 6’0”

Kanan / kiri

1.5M / 5’0”

3M / 10’0”

900mm/3’0”

Belakang

1.5M / 5’0”

3M / 10’ 0”

900mm/3’0”

​Catitan
Pemilik perlu mengemukakan surat rayuan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan tambahan pindaan untuk mendapatkan ulasan melalui lakaran cadangan tambahan yang ingin dilakukan oleh pemilik.
Pemilik akan dikenakan bayaran tambahan (denda) 10 kali ganda dari fi proses bagi tambahan ruang baru yang memasuki kawasan anjakan bangunan.

 
3. Tambahan Dinding Sesekat ‘Partition’ Pada Bangunan Komersial Dan Industri

S :

Kenapa penambahan dinding sesekat memerlukan Permit Binaan Sementara?

​J:

Menurut Seksyen 79(1) & 79(4) Akta Jalan, Parit & Bangunan (Akta 133) Seseorang yang mendirikan sebarang sekatan, petak, bumbung, siling dan sebagainya perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu.

Catitan
Sila datang ke Kaunter Jabatan Bangunan di Tkt 8, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran, 40000, Shah Alam
Hubungi
En. Mohd. Yunus bin Yaacob
En. Johan bin Sap
En. Shah Rizal bin Mohd Bakeri
Ditalian
03-5522 2841
03-5510 5133 samb  1518/1334/1310

 
4. Penambahan Gazebo

S : Kenapa saya perlu mendapatkan kelulusan bagi binaan mudah alih seperti Gazebo?
​J : Menurut Seksyen 80 Akta Jalan, Parit & Bangunan (Akta 133) Sebarang Bangsal Alih tidak boleh didirikan tanpa mendapat kebenaran dan boleh dikenakan denda sebanyak RM 1000.00 jika sabit kesalahan atau dikompaun RM 500.00 jika gagal mematuhi arahan.

 

5. Sengkuap 'Awning' Yang Dipasang Di Lorong Belakang
S : Kenapa saya tidak boleh memasang sengkuap di lorong belakang. Bahagian belakang kedai saya sering basah kerana dimasuki air hujan akibat tempias?
​J : Menurut Seksyen 69(3) Akta Jalan, Parit & Bangunan (Akta 133) Tiada seseorang boleh atau mendirikan atau membenarkan didirikan apa-apa halangan dalam atau atas man-mana lorong belakang, dan pihak berkuasa tempatan boleh, di mana halangan itu terdapat, menurunkan dan menghapuskan halangan itu dan kos dan belanja bagi menurunkan atau menghapuskan halangan itu boleh dituntut daripada orang yang mendirikan halangan itu.

 

6. Sengkuap 'Awning' Jenis Bahan 'Metal Deck'

S :

Kenapa kedai saya tidak boleh menggunakan sengkuap ‘awning’ yang menggunakan bahan ‘metal deck’?

​J : Sengkuap ‘awning’ jenis ‘metal deck’ tidak dibenar didirikan di kawasan yang mengunjur ke kawasan awam seperti contoh kawasan pejalan kaki, siar kaki yang digunakan untuk meletakkan kerusi meja. Hanya sengkuap mudah laras (adjustable awning) sahaja yang dibenarkan mengunjur pada kawasan awam. Walau bagaimanapun, sengkuap kekal dibenar didirikan selagi berada di dalam kawasan sendiri.

 

7. Memasang Pagar Keselamatan 'Hoarding' Sebelum Pelan Bangunan Diluluskan

S :

Bolehkah saya memasang pagar keselamatan sebaik mendapat Kebenaran Merancang? Kelulusan Pelan Bangunan mungkin akan mengambil masa yang lama dan berkemungkinan tapak akan diceroboh sebelum kerja tanah dimulakan di tapak.

​J :

Pagar keselamatan hanya dibenar untuk didirikan setelah mendapat Kebenaran Merancang dan Kelulusan Pelan Bangunan.

 

8. Tambahan Dinding Sesekat ‘Partition’ Pada Bangunan Komersial Dan Industri

S :

Saya mempunyai rumah kediaman jenis teres 2 tingkat (lot tengah). Saya berhasrat untuk membina balkoni pada bahagian hadapan tingkat atas rumah saya. Bolehkah saya berbuat demikian?

​J:

Pemilik dibenarkan untuk membina balkoni pada bahagian hadapan tingkat atas menggantikan bumbung 'porch' dengan syarat berikut:

  1. Mengemukakan surat rayuan kepada Majlis dengan menunjukkan lakaran cadangan tambahan yang ingin dibuat
  2. Mendapatkan persetujuan jiran bersebelahan bagi perubahan bumbung yang berkongsi sama (pemilik perlu bertanggung jawab sepenuhnya jika berlaku kerosakan terhadap rumah jiran semasa kerja-kerja ubahsuai dijalankan)

Catitan
Permohonan untuk membina balkoni adalah tidak dibenarkan menggunakan Buku Pelan Setara (Standard Plan) tetapi perlu dikemukakan melalui Perunding yang dilantik.

 

9. Cadangan Pembinaan Rumah Banglo Di Atas Tapak Bercerun

S :

Saya bercadang untuk mendirikan sebuah rumah banglo tetapi tapak cadangan tinggi dan bercerun. Bolehkah saya membina di atas tapak seperti ini?

​J :

Pendirian rumah banglo boleh dibina atas mana-mana tapak namun tapak bercerun mempunyai potensi berisiko tinggi. Namun sekiranya  Perunding yang dilantik telah menyediakan rekabentuk dan Jurutera telah memperakui kekukuhan struktur serta menyediakan langkah-langkah berkesan merawat kawasan berlereng seperti contoh dinding penahan 'retaining wall' maka pihak Majlis tiada halangan untuk meluluskan pelan cadangan tersebut,

Perunding yang dilantik perlu mengemukakan pelan kerja tanah (jika melibatkan keluar masuk tanah – cut and fill) dan pelan dinding penahan 'retaining wall' kepada Jabatan Kejuruteraan sebelum pelan bangunan dikemukakan ke Jabatan Bangunan. Surat sokongan Jabatan Kejuruteraan hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan pelan bangunan semasa ianya dikemukakan.

 
10. Pembinaan Pagar Di Garisan Sempadan Dengan Rumah Jiran

S :

Kenapa saya perlu mendapatkan persetujuan jiran untuk membina pagar di rumah saya? Dinding pagar dalam rumah saya sendiri dan tidak melibatkan rumah jiran.

​J :

Pemilik yang berhasrat membina pagar menggantikan pagar sedia ada yang disediakan oleh Pemaju perlu mematuhi perkara-perkara berikut:

  1. Mendapatkan persetujuan jiran bersebelahan (jika berkenaan)
  2. Mendapatkan Permit Meletak Bahan Binaan
  3. Mendapatkan Perkhidmatan Tong Roro jika melibatkan kerja-kerja pemecahan
  4. Ketinggian maksima bagi dinding pagar adalah 1.5M (5'0")
  5. Menyediakan minima 40% bukaan pada dinding bagi membenarkan pengudaraan dan pencahayaan
  6. Kedua-dua belah dinding hendaklah dilepa dan dicat pada kedua-dua belah
  7. Memastikan bahan binaan @ sisa bahan binaan tidak menimbulkan kacau ganggu kepada jiran bersebelahan

 
11. Penambahan Sengkuap 'Awning' Pada Bahagian Tepi Menggunakan Buku Pelan Setara

S :

Saya ingin membuat ubahsuai tapi tidak melibatkan kerja-kerja pemecahan. Ubah suai hanya melibatkan tambahan dinding pada bahagian dapur dan kerja-kerja dalaman sahaja. Bolehkah saya mendapat pengecualian dari mendapatkan perkhidmatan Tong Roro?

​J :

Buku Pelan Setara hanya boleh digunakan untuk rumah kediaman jenis teres 1 atau 2 tingkat (lot tengah ‘intermediate’) sahaja. Selain dari apa yang disediakan di dalam Buku Pelan Setara perlu mendapatkan khidmat daripada Perunding yang dilantik ( Arkitek @ Pelukis Pelan yang berdaftar)


12. Pengecualian Bagi Perkhidmatan Tong Roro

S :

Saya bercadang untuk memasang sengkuap 'awning' pada bahagian tepi rumah teres 2 tingkat (corner lot) / berkembar 2 tingkat. Bolehkah saya mendapatkan kelulusan dengan menggunakan Buku Pelan Setara?

​J :

Pemilik yang ingin memohon pengecualian perlu mengemukakan rayuan terlebih dahulu dengan menyatakan jenis tambahan yang ingin dilakukan melalui lakaran pada pelan lantai.

Catitan
Surat rayuan kepada :-

Pengarah
BangunanJabatan Bangunan,
Tingkat 8, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
40000, Shah Alam, Selangor