SOALAN LAZIM

Penilaian & Cukai

1.S :​Apa itu cukai taksiran?
​J :

Cukai taksiran atau cukai pintu dikuatkuasakan selaras dengan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dibawah Seksyen 127. Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak didalam kawasan MBSA :
A) Kediaman
Rumah teres, rumah berkembar, rumah sesebuah, rumah bandar, rumah pangsa, pangsapuri, apartment, kondominium, rumah kedai dan sebagainya.
B) Perniagaan
Kedai, kedai/pejabat, pusat membeli belah, pawagam, pejabat, hotel, stesen minyak, pusat rekreasi
C) Perindustrian
Kilang teres, kilang berkembar dan kilang sesebuah.
D) Tanah kosong -Tanah pertanian, tanah pembangunan

 

2.S :Adakah tanah kosong juga dikenakan cukai taksiran?
​J :Ya, tanah kosong yang mempunyai geran hakmilik dikenakan cukai taksiran selaras dengan Peruntukan Seksyen 2, Akta di atas

 

3.S :Mengapa cukai taksiran dikuatkuasakan?
​J :Cukai taksiran dikuatkuasakan bagi membiayai :
A) Perkhidmatan pembersihan kawasan seperti pungutan sampah, pembersihan jalan, parit dan pemotongan rumput.
B) Pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit, longkang dan pengindahan bandar.
C) Penyediaan dan penyelenggaraan lampu jalan
D) Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, pasar, padang
     permainan kanak-kanak, tempat rekreasi dan sebagainya.
 
4.S :Bilakah ianya patut dibayar?
​J :

Cukai taksiran perlu dijelaskan dua kali setahun
A) Setengah tahun pertama - 1 Januari-28 Februari
B) Setengah tahun kedua -  1 Julai-31 Ogos

 

5.S :Adakah bayaran tunggakan cukai taksiran secara ansuran dikenakan sebarang faedah?
​J :

Ya, faedah ansuran sebanyak 4% akan dikenakan kepada permohonan yang diluluskan sebanyak 4 kali (4x) ke atas dan faedah berkenaan perlu dibayar.

 

6.S :Mengapakah pemilik selalu tidak terima bil? Hanya terima selepas tempoh bayaran berakhir
​J :

Bil diposkan ke alamat yang diberi oleh pemaju. Jika pemilik telah berpindah dari alamat berkenaan, pemilik perlu memaklumkan kepada MBSA alamat terbaru untuk dikemaskini di dalam rekod MBSA. Bila lewat diterima berkemungkinan masalah pos atau semasa tempoh pembayaran, bil terlalu banyak jadi mungkin bil telah tersalah hantar ke alamat lain contohnya jika no jalan yang sama.

 

7.S :Bolehkah MBSA memberi pengurangan cukai kepada pemilik harta?
​J :

Bolehkah MBSA memberi pengurangan cukai kepada pemilik harta?
MBSA akan membantu pemilik cukai yang mempunyai masalah tunggakan cukai dengan memberi pelepasan caj bayar lewat dan remisi. Ini berpandu kepada permohonan dan dokumen sokongan yang disertakan.

 

8.S :Bolehkah cukai taksiran dibayar secara ansuran?
​J :

Boleh, ansuran dibenarkan untuk tunggakan yang melebihi RM 500.00 ke atas.
i)   Ansuran yang kurang dari RM 1,000.00 dibenarkan 3x ansuran
ii) Tunggakan yang melebihi RM 1,000.00 dan ke atas, ansuran yang dibenarkan sebanyak 5 kali maksimum dengan kadar faedah 4%.

 

9.S :Bolehkah pengguna menyemak jumlah bayaran cukai taksiran melalui website?
​J :

Boleh, sekiranya anda mendaftar dalam Pekhidmatan dalam Talian iCukai.

 

10.S :Bilakah tarikh akhir bayaran cukai taksiran pada setiap penggal?
​J :

Untuk JANUARI-JUN, Tarikh akhir bayaran ialah 28 FEBRUARI manakala untuk JULAIDISEMBER, Tarikh akhir ialah 31 OGOS setiap tahun.

 

11.S : Bagaimana jika saya tidak mendapat bil cukai taksiran
​J :

Anda boleh mencetak Bil Cukai Taksiran melalui Perkhidmatan dalam Talian (Online) dengan mendaftar di iCukai. Anda juga boleh ke kaunter utama di Tingkat G (Lif A), Wisma MBSA atau berhubung dengan Jabatan Hasil. Anda hendaklah membawa salinan bil cukai taksiran yang terdahulu atau nombor akaun bil cukai taksiran untuk mendapatkan cetakan bil yang terkini. Sekiranya anda tidak ingat nombor akaun bil tersebut, sila bawa bersama butir-butir harta bagi membolehkan semakan dibuat.

 

12.S :Bagaimana saya hendak menukar alamat surat menyurat bagi bil saya?
​J :

Isi dan lengkapkan Borang Pertukaran Alamat Surat-menyurat yang boleh didapati di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta atau layari www.mbsa.gov.my untuk mendapatkan Borang Pertukaran Alamat Surat-menyurat.