PROGRAM "SPRING CLEANING" SEMPENA PERAYAAN AIDILFITRI
BAGI TAHUN 2017


tong_roro.jpg

Setiap tahun semasa sambutan perayaan kuantiti sampah di Shah Alam terus meningkat secara drastik telah menyebabkan perkhidmatan kutipan sampah kebun/pukal terjejas. Ini menyebabkan pihak jabatan menghadapi masalah bagi rumah/ premis yang membuang sampah seperti cantasan pokok atau perabot lama yang melebihi had sehingga mengganggu trip kutipan sampah kebun/ pukal bagi premis lain di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, MBSA akan mengadakan program "Spring Cleaning" sempena perayaan Aidilfitri bermula 9hb Jun hingga 20hb Jun 2017

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan percuma bagi pembuangan sampah kebun/pukal kepada penduduk Shah Alam. Selain itu, ia dapat memberi panduan terhadap bentuk-bentuk kawalan yang dikenakan ke atas setiap blok perancangan dalam kawasan bawah jagaan MBSA.

Program ini akan dijalankan secara berperingkat mengikut lokasi-lokasi yang disenaraikan iaitu 142 lokasi .


Muat Turun Senarai Lokasi Tong Roro ​Syarat-syarat Penyewaan Rumah Kedai MBSA

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Jabatan Pengurusan Sisa & Pepejal & Pembersihan Awam
Telefon : 03-5511 2315 atau 03-5510 5133 samb : 1645 
Faks : 03-5512 7014
Emel : sisapepejal@mbsa.gov.my

​​