Pengisytiharan Shah Alam

​Pengisytiharan Shah Alam


Kepesatan pembangunan Shah Alam telah membawa kepada kenaikan taraf daripada Perbandaran kepada Bandaraya setelah 21 tahun dibuka. Pada 10 Oktober 2000, Shah Alam diisytiharkan sebagai Bandaraya dan Majlis Perbandaran Shah Alam kini dikenali sebagai Majlis Bandaraya Shah Alam. Upacara gilang-gemilang dengan mengekalkan adat istiadat Melayu dilangsungkan penuh kemeriahan di Dataran Shah Alam. Y. Bhg. Dato’ Haji Abu Sujak Haji Mahmud dilantik sebagai Datuk Bandar yang pertama.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersetuju untuk menaikkan taraf Shah Alam sebagai Bandaraya setelah Bandar ini memenuhi kriteria – kriteria yang ditetapkan iaitu:-

  1. Bandar ibu negeri
  2. Mempunyai jumlah penduduk melebihi 400,000 orang
  3. Menjadi pusat pentadbiran, perniagaan dan perdagangan
  4. Jumlah pendapatan tahunan melebihi RM 100 juta