​Tema Seksyen Shah Alam


Setiap seksyen di Shah Alam mempunyai tema dan penamaan nama bagi jalan masing-masing yang melambangkan identiti Shah Alam sebagai sebuah bandar raya moden tetapi masih mengekalkan ciri tempatan.

Berikut adalah senarai seksyen dan tema masing-masing:

​Seksyen 1:​(Universiti Teknologi Mara) - Pendidikan
​Seksyen 2:jenis bunga​
​Seksyen 3:jenis pokok​
​Seksyen 4:jenis buah-buahan​
​Seksyen 5:​(Pusat pentadbiran) - pentadbiran
​Seksyen 6:​jenis burung
​Seksyen 7:​jenis permata dan galian
​Seksyen 8:​bentuk muka bumi
​Seksyen 9:Kesultanan Melayu Selangor​
​Seksyen 10:jenis pakaian​
​​Seksyen 11:kebudayaan dan kesenian​
​​Seksyen 12:salasiah pentadbiran kerajaan Melayu dahulu​
​​Seksyen 13:(Stadium Shah Alam) sukan​
​​Seksyen 14:(Pusat Bandaraya) bertemakan bidang-bidang korporat​
​​Seksyen 15:alatan tangan​
​​Seksyen 16:perlombongan bijih timah​
​​Seksyen 17:jenis ikan​
​​Seksyen 18:tumbuhan di kawasan pantai​
​​Seksyen 19:jenis pekerjaan di kawasan pantai​
​​Seksyen 20:jenis haiwan​
​​Seksyen 21:(Tanah Perkuburan) - perkuburan​
​​Seksyen 23:perusahaan​
​​Seksyen 24:jenis sayur-sayuran​
​​Seksyen 25:(Taman Sri Muda) - nilai-nilai  murni​
​​Seksyen 26:daerah dan nama tempat di Selangor​
​​Seksyen 27 dan 28:(Taman Alam Megah) - nama​ tempat-tempat di sekitar Banting dan Gombak

​Peta Shah Alam

Peta Shah Alam
​Seksyen 31 ​(Kota Kemuning) - bunga anggerik sebagai Bunga Rasmi Shah Alam
​Seksyen 32: ​(Bukit Rimau) - sungai-sungai yang terdapat di Selangor
​​Seksyen 33: jenis alatan muzik​
​​Seksyen 34: jenis bahagian dalam kereta​
​​Seksyen 35: (Alam Impian) - seni dan budaya​
​​Seksyen U1: (Glenmarie) - kerjaya​
​​Seksyen U2: (Taman TTDI Jaya) - kesusasteraan​
​​Seksyen U5: alam semesta​
​​Seksyen U8: (Bukit Jelutong) - bahagian-bahagian dalam rumah​
​​Seksyen U10: pulau-pulau yang terdapat di negeri Selangor​
​​Seksyen U11: (Bukit Bandaraya) - gunung-gunung yang terdapat di Selangor​