Dataran Bunga Raya

DATARAN BUNGA RAYA

Lokasi
Terletak di Tasik Barat, Taman Tasik Shah Alam.

Tarikan
Dataran Bunga Raya, satu lagi tarikan pelancongan di Shah Alam. Taman Bunga Raya Shah Alam kini mempunyai dataran bunga rayanya sendiri. Taman ini mempunyai banyak jenis spesis bunga raya. Kawasan ini terhias indah dengan pelbagai warna seperti, merah, merah jambu, putih dan banyak lagi. Di taman ini orang ramai boleh bersiar-siar sambil menikmati keindahan bunga raya dan ketenangan di kawasan tasik ini. Terdapat juga pasangan pengantin baru yang mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar-gambar perkahwinan di sini.

Alamat
Tasik Barat, Taman Tasik Shah Alam,
Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
​No. Telefon   ​: 03-5513 3845
​No. Faks ​: -