​​​​​​​​​​​​​AKTIVITI ​​KELAB 1221​

​​

MBSA Volleython 2014​

​​
     1. Nama Kejohanan
  • ​K​ejohanan ini dinamakan ' MBSA VOLLEYTHON 2014' merebut Piala Datuk Bandar dan Piala Timbalan Datuk Bandar.
     2.  Tarikh Dan Tempat
  • Kejohanan ini akan diadakan pada 28 Februari (mulai jam 4.00 petang) hingga 2 Mac 2014 (Jumaat - Ahad) di Dewan Bola Tampar MBSA, Seksyen 19, S​hah Alam.
     3.  Undang-Undang Pertandingan
  • Pertandingan Bola Tampar ini akan dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Undang-undang Persatuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) dan Peraturan Am yang ditetapkan oleh MAVA dengan pengecualian berikut :
     4.  Penyertaan
  • Kejohanan ini terbuka untuK Kategori  Lelaki  sahaja.        
  • Setiap pasukan mengandungi seorang pengurus, seorang jurulatih, seorang penolong jurulatih/ juruiring dan 12 orang pemain.
     5.  Kelayakan Pemain
     a.   Piala Datuk Bandar
  •  Hanya seorang pemain kebangsaan tahun 2009 hingga 2013 atau  pemain bukan warganegara boleh didaftarkan.
     b.  Piala Timbalan Datuk Bandar
  • Terbuka untuk warganegara sahaja, pemain Negara/bekas pemain Negara  yang  berumur bawah 35 tahun termasuk Bola Tampar pantai/Pemain Negeri termasuk Sukma mulai tahun 2008 hingga 2013 tidak dibenarkan didaftarkan kecuali pemain-  pemain yang masih berumur 17 tahun kebawah.
      c. Semua pemain boleh mewakili satu pasukan sahaja.
     d. Pengesahan pemain akan dibuat setengah jam sebelum perlawanan pertama pasukan masing-masing di Urusetia. Pengurus            pasukan dikehendaki mengumpulkan dokumen-dokumen yang boleh mengesahkan kelayakkan pemain.
    6.  Mesyuarat Pengurus Pasukan Dan Cabutan Undi
          Tarikh       :  23 February  2014
          Masa         :  3.30 petang
          Tempat     :  Dewan Bola Tampar Seksyen 19, Shah Alam
     7.  Undang-Undang Kejohanan
  • Selain daripada undang-undang pertandingan yang terkandung, kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang-undang yang sedang dikuatkuasakan.
  • Sebarang kejadian di luar dugaan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dankeputusannya adalah muktamad.
​    8.  Sistem Pertandingan
     a.  Pusingan Pertama  (Liga Kumpulan)
  • Pasukan akan dibahagikan kepada (8) kumpulan untuk Piala Datuk Bandar dan ( 8)  kumpulan untuk Piala Timbalan Datuk Bandar. Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya 3 pasukan
     b.  Pusingan kedua (Pusingan kalahmati)
  • Johan setiap kumpulan akan mendapat BYE dipusingan ini, manakala pasukan tempat kedua setiap kumpulan akan bertemua dengan pasukan tempat ketiga setiap kumpulan.
     c.  Pusingan ketiga (Pusingan kalahmati)
  • Enam belas (16) pasukan dari kumpulan Piala Datuk Bandar dan Enam belas (16) pasukan dari kumpulan Piala Timbalan Datuk Bandar ( Johan setiap kumpulan dan pemenang pusingan kedua)   akan bermain seperti format   berikut:-

     Sistem Pemberian Mata/Cara Menentukan Kedudukan
  • Yang menang                          - 2 mata          
  • Yang kalah                              - 0 mata
  • Lucutan teknikal/ menarik diri  - ​​0 mata
  • Sekiranya masih terdapat keadaan seri :
    • ​Z =  Jumlah mata yang menang   (Semua perlawanan)                 
    •        Jumlah mata yang kalah​
  • ​Pasukan yang nisbah matanya lebih tinggi menduduki tempat teratas​.
  • ​Sekiranya masih terdapat keadaan seri antara 2 pasukan atau lebih, keputusan perlawanan antara dua pasukan yang berkenaan akan diambilkira. Pasukan yang menang perlawanan itu menduduki tempat atas.      
     d.   Pakaian Seragam​
  • Jersi hendaklah bernombor yang berukuran 15 cm tinggi di tengah-tengah hadapan dan 20 cm di belakang.
  • Nombor jersi mestilah dari 1 hingga 12.
  • Pasukan yang tidak berpakaian seragam tidak akan dibenarkan bertanding.     
     e.   Pertukaran Pemain
  • Pertukaran/ penambahan pemain boleh dilakukan di urusetia satu jam sebelum  perlawanan pertama dimulakan. Selepas itu, segala pertukaran/penambahan tidak akan dibenarkan.
      f.   Pembatalan (Walkover)
  • ​​Tiap-tiap pasukan mesti berada di gelanggang setengah jam sebelum masa yang ditetapkan untuk perlawanan. Pasukan yang lewat 15 minit selepas masa yang dijadualkan tanpa sebab yang munasabah akan dianggap sebagai telah memberI kemenangan percuma kepada lawannya.
      g.   Pengadil
  •  Pengadil-pengadil yang mengadili pertandingan ini terdiri daripada Calon Pengadil Negeri   dan ke atasnya. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan seorang penjaga garisan, penganjur akan hanya menyediakan penjaga garisan mulai  perlawanan separuhakhir dan akhir sahaja.
      h.   Pengantungan
  •  Pemain yang disingkirkan dalam sesuatu perlawanan akan dengan automatik digantung bermain dalam satu perlawanan yang berikut sehingga Jawatankuasa Tatatertib telahmembuat keputusan.
      i.    Bantahan/ Rayuan
  • Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan berjalan, mesti memberitahu pengadil secara lisan. Walau bagaimanapun perlawanan akan diteruskan 'Under Protest'. Hanya Ketua pasukan dibenarkan membuat  bantahan.
  • Sekiranya selepas perlawanan pasukan masih ingin membantah, pengurus  pasukan mesti menulis perkataan 'Ingin Membantah' di ruang catatan dalam kertas skor dan menandatanganinya. Bantahan secara bertulis mesti disertakan dengan wang tunai RM 500.00 sebagai wang cagaran dalam masa ½ jam selepas tamatnya perlawanan.​​
  • Wang cagaran ini tidak akan dipulangkan jika didapati bahawa bantahan itu tidak munasabah.
  • Sekiranya bantahan diterima maka wang cagaran akan dikembalikan hanya RM 450.00 sahaja. RM 50.00 akan dikenakan sebagai Yuran Proses.
      j.    Juri Rayuan
  • Juri Rayuan akan diketuai  oleh Pengerusi J/K Pengelola atau wakilnya,
  • Ketua Pengadil Kejohanan dan 2 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dalam rayuan itu. Juri Rayuan akan bersidang dalam masa 1 jam sebaik sahaja menerima bantahan bertulis.
      k.    Yuran
  • Piala Datuk Bandar  RM 350.00/ pasukan
  • Piala Timbalan Datuk Bandar  RM 200.00/ pasukan​
      l.      Hadiah
  • ​​ PIALA DATUK BANDAR : –
           Johan                 :  wang tunai Rm 5,000.00 + Hadiah iringan
           Naib Johan         :  wang tunai Rm 3,000.00 + Hadiah iringan
           Ketiga bersama  :  wang tunai Rm  1,000.00 + Hadiah iringan
 
  •  PIALA TIMBALAN DATUK BANDAR  : –
            Johan                  : wang tunai Rm 2,000.00 + Hadiah iringan
            Naib Johan          : wang tunai Rm 1,000.00  + Hadiah iringan
            Ketiga   bersama ​: wang tunai Rm 500.00     +  Hadiah iringan
 

Perkara ​Am

  1. Jawatankuasa Pengelola Kejohanan mempunyai hak untuk mengambil sebarang keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan dalam kejohanan ini yang tidak dinyata dalam peraturan pertandingan ini dan keputusan adalah muktamad. Pihak Jawatankuasa Pengelola Kejohanan juga berhak meminda sebarang undang-undang kejohanan jika didapati perlu.​

  2. Tiap-tiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah dijadualkan tetapi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan ini berhak meminda susunan atau masa perlawanan jika perlu.

  3. Selain daripada pegawai-pegawai yang bertugas, pemain-pemain yang terlibat dan jurukamera rasmi, tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam gelanggang bila sesuatu perlawanan sedang dijalankan.

  4. Ahli-ahli sesuatu pasukan yang dibenarkan menduduki atas bangku pemain pengganti yang disediakan pada masa perlawanan adalah berikut :-

    • Pengurus Pasukan
    • Ketua Jurulatih
    • Penolong Jurulatih/Juruiring
    • 6 orang pemain pengganti​

  5. ​​​Disiplin dan kebajikan ahli sesuatu pasukan adalah tanggungjawab pengurus pasukan masing-masing dan diharap semua pengurus pasukan akan memberi kerjasama kepada pihak pengelola kejohanan supaya kejohanan boleh dijalankan dengan lancar.

Penut​up

Adalah wajar sekiranya program seperti ini dapat dijalankan kerana elemen integriti yang terhasil didalamnya akan menjadi satu landasan untuk peserta berkerjasama dalam membentuk sebuah masyarakat yang sihat dan harmoni. Melalui program ini juga akan dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan terutama sukan Bola Tampar, Ragbi, Futsal, Pencak Silat dan Taekwndo untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Justeru itu, setiap kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh mana-mana pihak amatlah dialu-alukan dan dihargai supaya program ini bukan sekadar satu perancangan malahan dapat direalisasikan dengan jayanya.​


Hubu​​ngi

BAHAGIAN BELIA DAN SUKAN MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM​
​No. Telefon ​Pejabat ​:​03-5522 2733 (Naim/Along/Rafiq/Nazri)
​No Faxs  ​:​03-5513 8513
​E-mail   ​:​koporat@mbsa.gov.my
​Pegawai  Pertandingan​:​En. Jaid Idham bin Idiris (012-370 6636)
​:​Rina  (012-2354235)​
Setiausaha Pertandingan:  En. Shamsaimon Mohd Sharit (hp-012-902 7771)
​(Sila layari www.mbsa.g​ov.my untuk muat turun maklumat kejohanan serta borang penyertaan)
 

Kejoh​anan Futsal

​​
Kategori Pertandingan & Yuran Penyertaan ​
​​ K​​a​​teg​ori Lelaki Terbuka Wanita Terbuka Bawah 18 Tahun Bawah 12 Tahun
 Yuran
 RM 200.00
 RM 150.00

 RM 120.00
 RM 100.00
 
Hadiah Pemenang
Kateg​ori Lelaki Terbuka Wanita Terbuka Bawah 18 Tahun​ B​awah 12 Tahun
 Johan
 
Wang Tunai
RM 3,000.00 + 
Piala Iringan + Cenderahati
Wang Tunai
RM 2,500.00 + 
Piala Iringan + Cenderahati
Wang Tunai
RM 2,000.00 + 
Piala Iringan + Cenderahati
Wang Tunai
RM 1,000.00 + 
Piala Iringan + Cenderahati
N. Johan
Wang Tunai
RM 2,500.00+ Cenderahati
Wang Tunai
RM2,000.00+ Cenderahati
Wang Tunai
RM 1,500.00 +Cenderahati
Wang Tunai
RM 800.00 + Cenderahati
Separuh Akhir
Wang Tunai
RM 1,000.00 +Cenderahati
Wang Tunai
RM 500.00 + Cenderahati
Wang Tunai
RM 500.00 + Cenderahati
Wang Tunai
RM 200.00 + Cenderahati
 ​ Suku Akhir Cenderahati Cenderahati Cenderahati Cenderahati
 

 Syarat-Syarat Penyertaan

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan/ kelab.

  2. Penyertaan adalah terhad kepada 32 pasukan terawal bagi setiap kategori.

  3. Seorang pemain hanya layak untuk mendaftar dalam satu pasukan sahaja.

  4. Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar 8 orang peserta (5 pemain dan 3 simpanan), seorang jurulatih dan seorang pengurus pasukan. (Pengurus dan jurulatih boleh didaftarkan sebagai pemain).

  5. Tarikh tutup penyertaan : 10 April 2014 (Khamis)

Format Pertandingan
  1. Pertandingan ini akan menggunakan format pertandingan FIFA. Walaubagaimanapun pihak penganjur berhak meminda/ mengadakan peraturan tambahan selaras dengan matlamat penganjuran

  2. Masa perlawanan adalah 5 minit bagi setiap separuh masa pertama dan kedua.

  3. Pada pusingan pertama, pertandingan akan dijalankan secara liga berkumpulan. Pada pusingan ke-2 hingga akhir, pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

  4. Johan dan naib johan kumpulan pada pusingan pertama akan layak untuk meneruskan perlawanan pada pusingan ke-2.

  5. Sekiranya keputusan di pusingan ke-2 seri, 3 tendangan penalti akan diberikan kepada pemain. Sekiranya keputusan masih seri, tambahan 2 tendangan penalti akan diberikan. Sekiranya keputusan masih seri, lambungan syiling akan dibuat dan 1 sepakan penentu akan dijalankan

 Taklimat Pengurus Pasukan / Sesi Cabutan Undi:
​​TAR​IKH TE​​MPAT​
 10 April 2014 (Khamis), jam 8.00 malam.​Bilik Mokara, Tingkat G, Jab. Korporat, Wisma MBSA

Hubungi

Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Korporat, (Bhgn. Belia & Sukan),
Tingkat G, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, 
40000 Shah Alam,
​Selangor Darul Ehsan.​​
Pejabat​​:
No. Tel: 03-5522 2742​
No.Fax: 03-5513 8513​​​​​​​
​En. Jaid​:012-370 6636 ​
​Cik Rina​:012-23​5 4235​
​En. Naim:​​019-257 6897​​
Content
loading
Content
loading
Content
loading