KELAB 1221

Klinik Pembangunan Sukan, Kelab 1221 MBSA​ 

Klinik Pembangunan Sukan adalah salah satu program tahunan yang telah dimasukkan di dalam kalendar aktiviti Majlis Bandaraya Shah Alam. Ianya adalah  program sepanjang tahun di bawah Kelab 1221, Majlis Bandaraya Shah Alam. Klinik Pembangunan Sukan ini telah berm​ula sejak tahun 2007 dan semakin mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan remaja di sekitar kawasan Shah Alam sehingga kini.

Rasional Klinik Sukan

  1. Memberi pendedahan kepada golongan kanak-kanak/ remaja tentang kepentingan sukan dalam menjamin kehidupan yang lebih berkualiti.
  2. Sukan merupakan kaedah yang paling berkesan untuk diterapkan bagi menghindarkan dan mengurangkan kadar jenayah dan masalah sosial di kalangan belia dan remaja.
  3. Sukan juga dapat membentuk disiplin dan jati diri seseorang dalam melahirkan remaja yang berfikiran positif, sihat dan aktif.

​Tujuan Dan Matlamat Penubuhan

  1. Memupuk minat golongan kanak-kanak/ remaja untuk bergiat aktif dalam aktiviti kesukanan.
  2. Memberi peluang kepada mengasah bakat serta menunjukkan kebolehan mereka dalam bidang sukan yang diminati.
  3. Klinik Pembangunan Sukan ini juga dirancang bagi mencungkil bakat-bakat baru di peringkat akar umbi untuk dilatih dan diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Klinik -Klinik ​Pembangunan Sukan​ Y​ang Disediakan

  1. Bola Tampar
  2. Ragbi
  3. Futsal (Lelaki / Wanita)
  4. Pencak Silat

Maklumat Program

a.   Jurulatih 

  • Pihak majlis akan melantik Jurulatih yang berpengalaman dan berkelulusan dalam mengendalikan program latihan setiap minggu.
b.   Bentuk Latihan
  • Latihan akan dijalankan sekali setiap minggu selama 2 jam.
  • Latihan teori dan praktikal akan diberi kepada setiap peserta.
  • Jadual dan program latihan akan disediakan oleh jurulatih yang dilantik.
c.   Kemudahan Latihan
  • ​Tempat Latihan :

     Pihak Majlis akan menyediakan tempat latihan yang selesa dan bersesuaian mengikut acara sukan.

  • Bola Tamp​ar
- Dewan MBSA Seksyen 4
  • ​Ragbi  
​- Padang Wisma MBSA
  • ​Futsal 
​- akan dimaklumkan kemudian
  • ​Pencak Silat
​- akan dimaklumkan kemudian
  • ​Taekwondo
​- akan dimaklumkan kemudian

d.   Peralatan Latihan :

  • ​Pihak Majlis akan menyediakan segala kemudahan/ kelengkapan latihan seperti, bola, jaring, kon, 'kickking target', 'punching bag', dan lain – lain yang berkaitan.

Pendedahan Pertandingan

a.   Pertandingan dalaman
  • Pertandingan dalama​n akan diadakan bagi menguji prestasi dan penguasaan teknik dalam sukan yang diceburi.

b.   Pertandingan luar
  • Peserta juga akan didedahkan dengan pertandingan luar bagi membuka ruang serta peluang kepada mereka untuk mempamerkan kebolehan dan secara tidak langsung dapat menilai peningkatan prestasi individu untuk  diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi (peringkat negeri atau negara)
  • Pihak majlis akan menanggung perbelanjaan seperti yuran penyertaan, makan dan minum peserta serta pengangkutan.

Syarat-Syarat​ Penyerta​​an

  1. Penyertaan terbuka kepada semua remaja (lelaki dan perempuan) yang berumur 21 tahun ke bawah.
  2. Peserta mestilah mempunyai minat yang tinggi dan mempunyai tubuh badan yang sihat (tidak menghidap penyakit-penyakit kronik).
  3. Peserta mestilah mempunyai keadaan fizikal yang bersesuaian mengikut sukan yang dipilih.

Yuran Penyertaan​

Peserta hendaklah membayar yuran seperti berikut :
Yuran keahlian Kelab 1221 MBSA   : RM 20.00 (seumur hidup)
Yuran Bulanan                                 : RM -

​Bayaran Jurulatih​

  1. Cadangan bayaran jurulatih adalah seperti berikut:

  • ​RM 100.00 (setiap sesi latihan) x jumlah jurulatih (bagi setiap sukan)​​​​​