KEMPEN KITAR SEMULA​​

Pertandingan kempen kitar semula terbahagi kepada tiga kategori :
  1. Kempen Kitar Semula Peringkat Sekolah

  2. Kempen Kitar Semula Peringkat MPP

  3. Kempen Kitar Semula Peringkat Bangunan Wisma MBSA​

Kempen kitar semula merupakan aktiviti yang dijalankan oleh pihak Majlis secara usahasama dengan pihak F&N Beverages Marketing Sdn Bhd serta kerjasama dari pihak Jabatan Pelajaran Selangor.  Program ini telah dilaksanakan sejak tahun 2007 sehingga kini. Kempen kitar semula ini merupakan program yang sangat dinanti-nantikan oleh pihak sekolah memandangkan hadiah yang ditawarkan sangat lumayan.
 
Selain itu, secara tidak langsung melalui kempen ini dapat menyemai semangat kitar semula serta memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar dikalangan pelajar sekolah. Seperti bak kata pepatah 'Kalau melentur buluh biarlah dari rebungnya' yang mana pelajar sekolah adalah kelompok individu yang mudah menerima input dan mengaplikasikan input yang diterima dengan positif dan dalam konteks ini adalah berkaitan dengan kepentingan mengitar semula. Diharap melalui kempen yang diadakan sejak diperingkat sekolah, amalan ini akan diteruskan oleh mereka sehingga dewasa kelak. 

Syarat Penyertaan

  1. Bahan-bahan yang diterima untuk kempen kitar semula ialah aluminium, plastik dan kertas. Bahan- bahan lain seperti besi atau kaca juga diterima tetapi tidak akan dikira sebagai bahan-bahan bagi tujuan pertandingan.

  2. Pertandingan hanya kepada Kategori peringkat sekolah, Kategori peringkat MPP dan Kategori peringkat Bangunan Wisma MBSA.

  3. Penyertaan dibuka kepada semua sekolah di dalam kawasan pentadbiran MBSA, majlis perwakilan penduduk Shah Alam,  Jabatan- Jabatan di Wisma MBSA dan penyewa di bangunan MBSA kecuali Kontraktor Pembersihan.

  4. Setiap sekolah, Jabatan / syarikat perlu bekerjasama dengan pihak urusetia Jabatan Perkhidmatan Bandar, MBSA bagi menetapkan jadual kutipan dan timbangan bahan kitar semula.

  5. Hanya kontraktor yang dilantik sahaja dibenarkan untuk membuat kutipan dan timbangan.

  6. Untuk penyelarasan jadual kutipan dan timbangan yang teratur, setiap sekolah, Jabatan / syarikat diminta untuk menghubungi terus kontraktor yang dilantik.

  7. Tempoh pertandingan adalah 3 bulan.

  8. ​Pemenang-pemenang pertandingan adalah berdasarkan timbangan bahan   kitar semula yang tertinggi dan bagi sekolah adalah berdasarkan bilangan murid.

  9. Kempen ini akan berlangsung selama tiga (3) bulan.

  10. Pihak penganjur akan menghubungi pemenang-pemenang melalui pos/telefon.

  11. Satu acara penyampaian hadiah akan diadakan pada penghujung tahun.

  12. Borang penyertaan yang lengkap mestilah dihantar ke alamat berikut :​

               Urusetia,
               Kempen Kitar Semula MBSA 2013,
               Jabatan Perkhidmatan Bandar, Tingkat 4,
               Majlis Bandaraya Shah Alam
               Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
               40000 Shah Alam.
               Faks: 55127014​
  13. Borang penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup akan dianggap tidak sah.

  14. Pihak penganjur berhak menukar syarat-syarat penyertaan kempen pada bila-bila masa dan keputusan penganjur     adalah muktamad.

Hubungi

1. PEGAWAI MBSA
​​NAMA JAWATAN NO. TELE​FON
En. Mohd Azmi bin Amer Khan Pegawai Kawalan Alam Sekitar 012-6923942
Pn. Rohaizat binti Mohd Noordin Pen. Peg. Kes. Persekitaran Kanan 012-6463897
Pn. Ilan Tamil a/p Rama​samy Pen. Peg. Kes. Persekitaran 016-2470558

2. F&N Beverages Marketing (M) Sdn Bhd
N​​A​MA JAWATAN NO.​ TELEFON
En. Rizal Abdul Pegawai Perhubungan Awam Korporat 012-2585445​
 
3. SENARAI KONTRAKTOR KUTIPAN BAHAN KITAR SEMULA UNTUK MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
KONTRAKTOR​​
​Konsortium Seri Alam ​ ​ ​Tuan Hj. Zainal Arshad
​H/p: 019-3211616​
Office: 03-55230467​
​(Recycle turn to cash. Curbside recycling)
​Close Loop Sdn Bhd (Recycle & Reward) ​ ​​​ ​En. Asmadi
​H/p: 012-2256657
​(Recycle turn to point for redeem in term of voucher etc. Collect from door to door)
​​ Asis Shoppe ​ ​ ​Pn. Nurdiana Idris​
​Hp: 019-2105884
​(Recycle turn to cash. Curbside recycling)
​​Omadi Enterprise ​ ​ ​Pn. Zam
​H/p: 019-2199912
​(Recycle turn to cash. Curbside recycling)
​​Pertubuhan Amal Seri Sinar (PASS) ​ ​ ​Dato' Eadon Ching
​Hp: 012-621 9363 
Office: 03-90211888
​(Recycle for charity. Curbside recycling)
​​CGV Industries Sdn Bhd  ​ ​ ​En. Yong
​H/p: 012-3355966
Office: 03-51224399
​(Used cooking oil turn to cash. Collect from door to door)
​​Kris Biofuels Sdn Bhd ​ ​ ​En. Jaafar Abdullah
​H/p: 012-7239826
Office: 03-51224399
​(Used cooking oil turn to cash. Collect from door to door)
​​​Life Line Clothing Sdn Bhd ​ ​ ​En. Vinod
​H/p: 016-9005620
​(Recycle for charity. Used clothing. Bin point)
​​​​​​​​​​