​KITAR SEMU​LA MINYAK MASAK TERPAKAI

Pengenalan

Program kitar semula minyak masak telah dilaksanakan di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam bermula pada tahun 2009 sehingga kini. Bagi mempertingkatkan lagi usaha kearah mengawal pencemaran parit awam, pihak Majlis telah menyediakan tong pengumpulan minyak masak terpakai khusus untuk kemudahan penduduk Shah Alam bagi membuang minyak masak terpakai di lokasi seperti berikut :
  1. Pusat Kitar Semula Seksyen 6

  2. Pusat Kitar Semula Seksyen 11

  3. Pusat Kitar Semula Seksyen 17

  4. Pusat Kitar Semula Seksyen 25

  5. Pusat Kitar Semula Seksyen U8

Majlis juga menyediakan perkhidmatan menghantar dan mengambil tong bagi pengumpulan minyak masak untuk restoran, kantin, kilang makanan, hotel dan sebagainya. Kapasiti tong adalah 60 liter, 200 liter dan 1,000 liter.

Cara Memohon

Permohonan adalah melalui surat dan dihantar kepada:
Bahagian Pembersihan Awam & Alam Sekitar
Tingkat 4, Jabatan Perkhidmatan Bandar
Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Tel: 03-55105133 samb. 1238 / 1570
Faxs: 03-55127014

(u.p : Encik Mohd Azmi bin Amer Khan)

Hubungi

​PEGAWAI MBSA
​NAMA JAWATAN NO. TELE​FON
En. Mohd Azmi bin Amer Khan Pegawai Kawalan Alam Sekitar 012-6923942
Pn. Rohaizat binti Mohd Noordin Pen. Peg. Kes. Persekitaran Kanan 012-6463897
En. Ahmad Bakhtiar bin Amir Zaimi Pen. Peg. Kawalan Alam Sekitar 017-3567413​​​