PERINT​​IS HIJAU​​

Pengenalan               ​​            

Program Perintis Hijau adalah program tahunan Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Selangor yang berunsurkan pendidikan tentang alam semulajadi kepada murid-murid sekolah rendah di seluruh bandar Shah Alam. Program ini diadakan sebanyak 3 siri setahun dengan sasaran 15 buah sekolah bagi setiap siri.                            

Tujuan

​​Program Perintis Hijau bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada anak-anak sekolah rendah (tahap 2) tentang tanggungjawab kepada alam sekitar, pokok-pokok dan kepentingan taman awam dalam usaha ke arah membentuk generasi yang prihatin terhadap alam sekitar.​

Rumusan    ​            

Secara keseluruhannya, program Perintis Hijau pada tahun 2013 ini berjaya dilaksanakan dengan mendapat kerjasama yang cukup baik dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS), Pejabat-pejabat Pelajaran Daerah (PPD) seperti Petaling Perdana, Petaling Utama, Klang dan juga  Gombak serta sekolah-sekolah yang terlibat. Tidak ketinggalan juga rakan-rakan kongsi Majlis seperti CCM Fertilizers (M) Sdn. Bhd. yang turut turun padang bersama-sama dengan guru dan murid-murid sebagai tanda sokongan terhadap program ini, Greenlands Enterprise, Nestle Product dan sebagainya.

Penglibatan guru-guru dan murid-murid yang mewakili sekolah masing-masing juga amat menggalakkan dan murid-murid kelihatan sungguh teruja dan gembira dengan setiap pengisian program yang telah diaturkan oleh pihak urusetia. Begitu juga dengan kerjasama dari guru-guru pengiring melancarkan lagi perjalanan aktiviti yang telah diaturkan. Taklimat dan penyampaian oleh penceramah-penceramah professional yang dijemput khas juga cukup baik dan jelas.         

Majlis Bandaraya Shah Alam mengharapkan program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang dan setiap pengisian program juga akan sentiasa ditambahbaik bagi memenuhi keperluan pendidikan dan pembelajaran murid-murid. Para penaja selaku rakan kongsi juga diharapkan dapat memberikan kerjasama dan komitmen agar program  ini mampu melahirkan generasi muda yang peka dan prihatin tentang kepentingan alam sekitar serta mampu menghargai dan mengekalkan segala keindahan dan kehijauan yang ada di sekeliling mereka.