​​​​AKTIVITI PR​OGRAM ZON BERSIH BULAN JULAI 2013​​

Bagi menyemarakkan lagi Majlis Pelancaran Hari Zon Bersih Bulan Julai, beberapa aktiviti akan diadakan untuk warga penduduk Seksyen 2,3 dan berikut adalah ringkasan aktiviti yang akan diadakan:-​


    1.  Ma​​jlis Perasmian Laluan Trek Basikal

  • ​​YAB Dato' Menteri Besar Selangor turut menandatangani plak Perasmian di Laluan Trek Basikal

    2.  Ma​​jlis Menandatangani M​OU diantara pihak Majlis Bandaraya Shah Alam dan Unilever
  • ​​​Majlis Menandatangani MOU diantara pihak Majlis Bandaraya Shah Alam dan Unilever telah dilaksanakan pada 7 Julai 2013 sempena Majlis Pelancaran Hari Zon Bersih bulan Julai 2013.
  • ​​Program Zon Bersih ini bukan sahaja memberi peluang kepada para penjaja/pengendali makanan mempelajari cara pengendalian makanan dengan betul, malah program seperti ini juga merupakan langkah UFS melalui 'Chefmanship Academy' merapati dan mengenali para penjaja/pengendali makanan dengan lebih dekat.
  • ​UFS berharap dengan adanya perkongsian pintar bersama MBSA, dapat melahirkan penjaja/pengendali makanan yang mengekalkan kebersihan premis dan makanan serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan.
  • Pihak Unilever juga telah menyampaikan taklimat dan mengadakan demonstrasi masakan kepada orang ramai yang datang pada hari tersebut.
    3.  Up​​acara Pemakaian Vest dan Lencana Ketua Parcel Zon  Bersih 2013
  • ​​​​​YAB Dato' Menteri Besar Selangor turut menyarungkan vest dan lencana kepada 22 Ketua Parcel Jabatan (KPJ) dan Ketua Parcel Komuniti (KPK) yang telah dilantik

    4.  Peny​erahan Sumbangan Ihya Ramadhan Surau Seksyen 2,3 dan 4

         Pihak Majlis telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM 1,000.00 kepada surau-surau yang terlibat di dalam                        kawasan Zon Bersih:.
  • Surau Al-Ansar (Sek. 2)
  • ​Surau Al-Raudhah Al-Muttaqin (Sek. 4)
  • ​Surau Ar-Rahman (Sek. 10)
  • ​Madrasah Hidayah (Sek. 11)​
    5.  Peny​​erahan Tong Kitar Semula Sumbangan Worldwide Holdings kepada Surau dan Sekolah Pihak Majlis telah                        menyerahkan tong kitar semula sumbangan Worldwide Holdings kepada surau dan sekolah yang terlibat di dalam                    kawasan Zon Bersih :​
  • ​​Surau Al-Ansar (Sek. 2)
  • ​Madrasah Nahdatul Islamiah (Seksyen 3)
  • ​Surau Al-Raudhah Al-Muttaqin (Sek. 4)
  • ​Sek. Men. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Sek. 2)
  • ​SRK Raja Muda (Sek. 4)
  • ​Sek. Ren. Agama (Sek. 3)
  • ​Surau Ar-Rahman (Sek. 10)
    6.  Perasmian K​enderaan :-     
       i.  Shah Alam On Wheels
  • ​​​Bas yang telah diubahsuai menjadi kaunter bergerak untuk memberi kemudahan perkhidmatan Majlis kepada masyarakat khususnya perkhidmatan perkhidmatan di kawasan pinggir bandar, kampung baru dan kampung tradisional.
  • Selain itu,  kaunter bergerak ini juga menjadi lambang kepada perkhidmatan Majlis yang lebih efektif dan kreatif sesuai dengan kehendak masyarakat dan "stakeholders' yang menginginkan perkhidmatan yang lebih cepat, senang dan mudah diakses.
      ii.  Lori Kompektor
  • ​Pihak Majlis telah memasang siren dan lagu Zon Bersih serta kelengkapan di lori kompektor yang akan menjalankan kerja-kerja kutipan sampah di kawasan Zon Bersih seksyen 2,3 dan 4. Lagu Zon Bersih buat pertama kalinya dinyanyikan sempena Majlis Pelancaran Hari Zon Bersih Bulan Julai oleh penyanyi MBSA.
  • ​Pemasangan tersebut merupakan inisiatif Majlis bagi meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan khususnya kutipan sampah domestik. Sebagai permulaan, pihak Jabatan bercadang melaksanakan pemasangan pada lori kompektor di Seksyen 2,3 dan 4 terlebih dahulu dan akan diperluaskan sekiranya mendapat maklumbalas positif daripada penduduk.​
      iii.  Kenderaan Unit Bencana
 
  • ​​Kenderaan ini dilengkapi dengan peralatan menyelamat seperti keperluan logistik asas iaitu 4 kenderaan pacuan 4 roda, sebuah lori 10 tan jenis HINO yang memuatkan 2 buah bot kecil berenjin sangkut 15 kuasa kuda beserta pendayung dan 15 jaket keselamatan. 
  • Kenderaan tersebut juga dilengkapi dengan peralatan seperti gergaji kayu/besi, pengumpil 'hydrolik jack'. Selain itu juga dilengkapi dengan spot light berkuasa tinggi, 8 spot light mudah alih dan 2 generator set bagi memudahkan kerja pada waktu malam.
  • ERT juga dilengkapi dengan peralatan menghadapi banjir seperti 2 pam, k enderaan ERT juga dipasang lampu 'LED Emergency Light', siren 300 w dan pembesar suara di bahagian hadapan dan belakang lori digunakan pada kelajuan kecemasan
    7.  Pelepasa​​n Peserta Kayuhan Zon Bersih
  • Seramai 138 orang peserta telah melibatkan diri dalam acara Kayuhan Zon Bersih ini terdiri daripada Kelab Basikal Shah Alam, Musang King dan orang awam.
    8.  Pertandi​ngan Mewarna
  • Pertandingan mewarna ini terbuka kepada kanak-kanak dari 5 hingga 12 tahun.  Tiga (3) kategori disediakan iaitu 5-6 tahun, 7-9 tahun, 10-12 tahun. Penyertaan terbuka dari kalangan anak kakitangan dan penduduk. Seramai 107 peserta telah menyertai pertandingan ini dan dihakimi oleh dua orang Juri dari pihak Majlis

    9.  Am​azing Walk Hunt
  • Pertandingan Amazing Walk Hunt telah disertai seramai 80 orang bagi kategori Sekolah Menengah dan telah dipecahkan kepada 40 kumpulan. Bagi kategori Sekolah Rendah disertai seramai 22 orang peserta yang telah dipecahkan kepada 11 kumpulan

   10.  S​and Art
  • Seramai 60 orang peserta telah menyertai aktiviti Sand Art yang disediakan.

    11.  P​​​​a​​int Ball

  • Seramai 80 orang peserta telah menyertai aktviti Paint Ball yang disediakan.​

    12. Tana​​m Pokok
  • ​​​Seramai 40 orang peserta telah menyertai aktiviti tanam pokok. Sebanyak 50 pokok telah disediakan oleh Jabatan Taman dan Rekreasi.​

   13.  Pert​andingan Futsal
  • Sebanyak 6 pasukan telah menyertai Pertandingan Futsal sempena Program Majlis Pelancaran Hari Zon Bersih Bulan Julai 2013. Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut :
Bil Ka​​t​​egori ​ Ju​mlah Pasukan
1. Bawah 12 3
2. Bawah 15 3
   14.  P​​ameran
  • ​​Aktiviti pameran ini diadakan pada setiap kali Program Zon Bersih diadakan. Pameran ini disertai oleh pihak agensi luar dan jabatan dalaman MBSA seperti berikut :

                                    1.         Jabatan Korporat
                                    2.         Jabatan Perancangan
                                    3.         Jabatan Bangunan
                                    4.         Jabatan Perkhidmatan Bandar
                                    5.         MIMBAR


 
   15.  Kau​​nter Aduan
  • ​Kaunter dibuka untuk kemudahan masyarakat setempat membuat aduan / cadangan. Sebanyak 9 aduan awam telah diterima dari penduduk setempat. ​

   16.  Cabutan Bertuah  ​

   17.  Edaran Tong Sampah​​

  • Seramai 183 orang penduduk yang telah mendaftar awal untuk mendapatkan tong sampah Zon Bersih yang telah disediakan sebanyak 300 unit untuk penduduk yang mendaftar awal.
  • ​Edaran tong sampah akan dibuat ke rumah penduduk dalam tempoh 2 minggu dari tarikh program.
​Bil Seksyen Bilang​an Tong Sampah
1. 2 37
2. 3​ 17
3. 4 129
Jumlah 183​
    18.  Eda​​ran Kurma
  • Sebanyak 300 kurma telah diedarkan kepada penduduk setempat yang telah mengisi borang kaji selidik yang disediakan​​