​​AKTIVITI PROGRAM ZON BERSIH BULAN NOV​EMBER 2013​

    1. Gotong Royong
  • P​rogram Gotong Royong pada 10 November 2013 telah disertai seramai 500 orang yang terdiri daripada komuniti Seksyen 2,3 dan 4 serta wakil-wakil Jabatan dari pihak Majlis. Setiap parcel disediakan pelbagai peralatan dan kemudahan antaranya tong roro yang ditempatkan dikawasan parcel masing-masing memudahkan penduduk membuang perabot lama dan cantasan pokok. Selain itu, penyapu besi,plastik sampah, cangkul, kereta sorong dan sebagainya disediakan untuk kegunaan gotong royong.

     2. Taklimat Keselamatan oleh Penganalisa Jenayah
  • Taklimat Kese​lamatan telah disampaikan oleh Penganalisa Jenayah En. Kamal Affendi yang telah memberikan ceramah ke​selamatan kepada warga komuniti yang hadir.

     3. Majlis Menandatangani MOU diantara pihak Majlis Bandaraya Shah Alam dan KETTHA/Kris
  • Majlis menandatangani MOU diantara pihak Majlis Bandaraya Shah Alam dan KETTHA telah dilaksanakan​ pada 10 November 2013 sempena Hari Zon Bersih Bulan November. Timbalan Datuk Bandar bersama dengan wakil dari Syarikat Kris Biofuel Sdn Bhd  telah menandatangani MOU tersebut disaksikan oleh Y.Bhg. Datuk Bandar Shah Alam. Program pengumpulan minyak masak terpakai ini.​

    4. Gimik Penyerahan Tong Sampah Zon Bersih Kepada Ketua Parcel
  • Sempena Har​i Zon Bersih Bulan November ini, gimik Penyerahan Tong Sampah Zon Bersih kepada Ketua Parcel telah dilaksanakan dan tong sampah Zon bersih tersebut akan diedarkan kepada penduduk pada 1 Disember 2013 oleh Parcel masing-masing.

     5.Penyampaian Skrol Parcel Terbaik Bulan November
  • Parcel Terbaik Bulan November telah dimenangi oleh Parcel 8 yang diketuai oleh Encik Fauzi Aziz Maamor selaku Ketua Parcel Jabatan (KPJ) dari Jabatan Khidmat Pengurusan dan Tuan Ha​ji Ngimron Abd. Rahim (KPK).

     6. Cab​utan Bertuah
  • Y.Bhg. Datuk Bandar telah membuat cabutan bertuah. Sebanyak 15 cabutan bertuah telah dicabut oleh Y.Bhg. Datuk Bandar.
    7. Pertan​dingan Mewarna
  • Pertandingan mewarna ini terbuka kepada kanak-kanak dari 5 hingga 12 tahun. Tiga (3) kategori disediakan iaitu 4-6 tahun, 7-9 tahun, 10-12 tahun.  Penyertaan terbuka dari kalangan anak kakitangan dan penduduk. Seramai 100 peserta telah menyertai pertandingan ini dan dihakimi oleh dua orang Juri dari pihak Majlis.
     8. Petting​ Zoo
  • ​Sempena Program Hari Zon Bersih Bulan November, pihak Majlis menyediakan petting zoo untuk menarik pengunjung terutama kanak-kanak untuk hadir ke Program Zon Bersih. Sebanyak lebih daripada 10 jenis haiwan yang ditempatkan di dalam petting zoo diantaranya iguana,
     9. Majlis Pelancaran Renjer Taman    10. Pamer​​an          
         i.     Jabatan Korporat
         ii.    Jabatan Perancangan
         iii.   Jabatan Bangunan
         iv.   Jabatan Perkhidmatan Bandar
         v.    Recycle and Reward
         vi.   PDRM
         vii.   Nature Mill
   10. Kaunte​r Aduan
  • Kaunter dibuka untuk kemudahan masyarakat setempat membuat aduan / cadangan. Sebanyak 9 aduan awam telah diterima dari penduduk setempat.​