​AKTIVITI PROGRAM ZON BER​SIH BULAN SEPTEMBER 2013​​​

Bagi menyemarakkan lagi Program Hari Zon Bersih Bulan September, beberapa aktiviti telah diadakan untuk warga penduduk Seksyen 2,3 dan berikut adalah ringkasan aktiviti yang akan diadakan:-
    1.  Gotong Royong
  • Program Gotong Royong pada 08 September 2013 telah disertai seramai 500 orang yang terdiri daripada komuniti Seksyen 2,3 dan 4 serta wakil-wakil Jabatan dari pihak Majlis. Setiap parcel disediakan pelbagai peralatan dan kemudahan antaranya tong roro yang ditempatkan dikawasan parcel masing-masing memudahkan penduduk membuang perabot lama dan cantasan pokok. Selain itu, penyapu besi,plastik sampah, cangkul, kereta sorong dan sebagainya disediakan untuk kegunaan gotong royong.​
    2.  Program Memory Walk 2013
  • Seramai 500 peserta walkaton telah menyertai Program Memory Walk 2013. Peserta-peserta ini berjalan hampir sepanjang 3.5 kilometer melalui jalan-jalan di sekitar Seksyen 4 Shah Alam. Permulaan acara bagi program ini telah dimulakan dengan Senamrobik diketuai oleh Shah Alam Rotary Club bersama-sama para peserta larian walkaton.
  • Para peserta telah dilepaskan oleh Y.D.H Dato' Hj. Emran bin Hj. Kader, Orang Besar Daerah Petaling. Turut hadir pada program tersebut Timbalan Datuk Bandar,  Ahli-Ahli Majlis, wakil dari Shah Alam Rotary Club, Ketua-Ketua Jabatan serta warga kerja Shah Alam.

 

    3.  Pelepasan Universiti Kehidupan
  • Seramai  69  peserta dari sekolah Menengah disekitar Shah Alam menyertai program ini berumar dari 13 hingga 17 tahun. Objektif program ini dapat memberi motivasi dan kesedaran kepada peserta tentang nilai hidup dan kepimpinan diri.
    4.  Majlis Menandatangani MOU diantara pihak Majlis Bandaraya Shah Alam dan Close Loop Sdn Bhd
  • Majlis menandatangani MOU diantara pihak Majlis Bandaraya Shah Alam dan Close Loop Sdn Bhd telah dilaksanakan pada 8 September 2013 sempena Hari Zon Bersih Bulan September. Timbalan Datuk Bandar bersama dengan Pengarah Urusan Close Loop Sdn Bhd telah menandatangani MOU tersebut disaksikan oleh Y.B. Dato' Teng Chang Khim Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor.
  • Program Recycle and Reward merupakan program/skim pengumpulan bahan kitar semula dari rumah ke rumah tidak seperti syarikat-syarikat kitar semula yang lain yang hanya mengutip bahan kitar semula tertentu sahaja.​

 

 

    5.  Pelancaran Buku "Adam & Mr. Tee The Tree"
  • ​Pelancaran Buku "Adan & Mr. Tee The Tree telah dilancarkan oleh Y.B. Dato' Teng Chang Khim Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor. Pihak Majlis telah mengedarkan buku "Adam & Mr. Tee The Tree" kepada sekolah-sekolah rendah di sekitar Shah Alam .
    6.  Penyerahan Tong Kompos Sisa Buangan Bahan Makanan
  • Program Penyerahan Tong Kompos Sisa Buangan Bahan Makanan telah diserahkan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Muda. Pemantauan dilakukan dengan memberi penerangan dan panduan kepada pihak sekolah untuk melaksanakan program.
    7.  Penyampaian Skrol Parcel Terbaik Bulan September
  • Parcel Terbaik Bulan September telah dimenangi oleh Parcel 9 yang diketuai oleh Encik Affandi selaku Ketua Parcel Jabatan (KPJ) dari Jabatan Kewangan dan Tuan Haji Ngimron Abd. Rahim (KPK).​
    8.  Program Pemeriksaan Kesihatan Bersama KPJ,TCM dan PPUM
  • Sempena Program Hari Zon Bersih Bulan September pihak Majlis telah mengadakan Program Pemeriksaan Kesihatan percuma kepada penduduk di sekitar Sekyen 2,3 dan 4. Pemeriksaan Kesihatan ini merangkumi pemeriksaan tekanan darah,BMI,kandungan gula, kolesterol dan alzhemeirs.Y.B. Dato' Teng Chang Khim Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor dan YBhg. Datuk Bandar juga turut membuat pemeriksaan kesihatan.
    9.  Pertandingan Mewarna
  • ​Pertandingan mewarna ini terbuka kepada kanak-kanak dari 5 hingga 12 tahun.  Tiga (3) kategori disediakan iaitu 4-6 tahun, 7-9 tahun, 10-12 tahun.  Penyertaan terbuka dari kalangan anak kakitangan dan penduduk. Seramai 36 peserta telah menyertai pertandingan ini dan dihakimi oleh dua orang Juri dari pihak Majlis.​​
   10.  Pertandingan Futsal
  • Sebanyak 6 pasukan telah menyertai Pertandingan Futsal sempena Program Majlis Pelancaran Hari Zon Bersih Bulan Julai 2013. Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut :​
Bil Kategor​​i ​ Jumlah Pasukan
1. Bawah 12 3
2. Bawah 15 3
  11.  Pameran
  • Jabatan Korporat
  • Jabatan Perancangan
  • Jabatan Bangunan
  • Jabatan Perkhidmatan Bandar
  • MIMBAR
  • Recycle and Reward
   12.  Kaunter Aduan
 
  • Kaunter dibuka untuk kemudahan masyarakat setempat membuat aduan / cadangan. Sebanyak 9 aduan awam telah diterima dari penduduk setempat.​​