​​ZON BERSIH​

Pengenalan

  1. Zon Bersih adalah ​satu kawasan yang telah dikenalpasti dan dipilih berdasarkan tahap kebersihan yang tidak memuaskan untuk dinaiktaraf sebagai kawasan bersih.​

  2. Berdasarkan keputusan Mesyuarat Pengurusan Bil 03/2013 bertarikh 20 Februari 2013, pihak Pengurusan telah mengesahkan pemilihan kawasan untuk Program Zon Bersih 2013 adalah Seksyen 2, 3, 4 dan 5. Pemilihan ini dibuat kerana kawasan ini merupakan pembangunan terawal di Shah Alam dan memerlukan banyak usaha penambahbaikan serta penyelenggaraan kemudahan ​awam dan infrastruktur.​              

Matlamat

​Untuk memupuk kesedaran dan budaya cintakan kebersihan melalui penglibatan komuniti, serta menjadikan negeri Selangor sebuah negeri yang paling bersih, berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.​​​

Kriteria Pemarkahan Dan Penilaian

​​KRIT​​​ERIA

PEMARKAHA​N

​Pemantauan Kebersihan ​300 Markah
​Penyelenggaraan Infrastruktur​ ​200 Markah
​​Penyelenggaraan Landskap ​250 Markah
​Penyelenggaraan Kemudahan Awam ​200 Markah
​Pengurusan Aduan ​50 Markah
​Penglibatan Komuniti ​200 Markah
​Dokumentasi ​100 Markah
​Pengauditan Kawasan Zon Lama ​100 Markah​​

Peranan Pihak Berkuasa Tempatan

​Pembentukan jawatankuasa Zon Bersih peringkat Pihak Berkuasa Tempatan

​JAWATANKUASA INDUK​​


Fungsi ​​Jawatankuasa Induk

  1. Membincangkan dan membuat keputusan pelaksanaan Zon Bersih di PBT masing-masing ​yang melibatkan agensi-agensi luar ; dan

  2. Membuat perancangan program dan aktiviti Zon Bersih.​

​JAWATANKUASA PELAKSANA / TEKNIKAL


Fungsi ​​Jawatankuasa Pelaksana/T​eknikal​

  1. Melaksanakan setiap keputusan dalam Jawatankuasa induk

  2. Melaksanakan perancangan program dan aktiviti Zon Bersih;

  3. Menyediakan laporan pelaksanaan Zon Bersih ke secretariat Zon Bersih, SUK;

  4. Membantu pihak urusetia membuat pemantauan setiap progres kerja; dan

  5. Setiap jawatankuasa membentangkan laporan dalam jawatankuasa induk​​​​​​​​​​​​​​​​