Majlis Bandaraya Shah Alam Anjur Taklimat Anugerah Kejiranan Hijau Antara Mpp Shah Alam 2016/2017 – Cetus Idea Baru Dan Kreatif Ke Arah Komuniti Shah Alam Yang Hijau

14 November 2016

Adalah dimaklumkan,  Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Taklimat Kejiranan Hijau Antara MPP Shah Alam 2016/2017 pada 12 November 2016 (Sabtu) bertempat di Dewan Bankuet,  Pejabat Cawangan Setia Alam melibatkan penyertaan seramai 150 orang termasuk Ahli-Ahli Majlis MBSA, serta Persatuan Penduduk di bawah pentadbiran MBSA.

Program ini dianjurkan bersempena Program Zon Bersih Mini (Mini ZeeBee) Antara MPP Shah Alam yang telah diperkenalkan pada tahun 2013.  Melalui Program Mini ZeeBee ini,  semua MPP Zon di dalam Shah Alam terlibat secara langsung dalam usaha memupuk kesedaran terhadap kebersihan melalui penglibatan komuniti serta mempereratkan  perpaduan dan permuafakatan di kalangan masyarakat di kawasan pentadbiran MBSA.

Taklimat Anugerah Kejiranan Hijau Antara MPP Shah Alam 2016/2017 ini merupakan inisiatif pihak MBSA untuk merangsang idea-idea baru dan kreatif melibatkan perlaksanaan dan usaha komuniti terhadap elemen kejiranan hijau,  kebun komuniti,  bandar selamat,  kitar semula,keceriaan serta kebahagiaan komuniti.

Program ini memberi fokus terhadap amalan-amalan hijau seperti penjimatan tenaga,  kitar semula,  serta aspek-aspek hijau yang lain.  Peserta juga turut diberikan pendedahan berkaitan teknik-teknik bagi menjalankan aktiviti kompos di rumah menggunakan sisa makanan.

Beberapa sesi taklimat telah dibentangkan iaitu Taklimat Anugerah Kejiranan Hijau Zon Bersih Mini oleh Encik Mohd Zainuddin Jumaat,  Pegawai Perancang Bandar dan Desa,  Jabatan Perancang Bandar dan  Desa dan Taklimat Kitar Semula oleh Encik Iswanto Nato,  Ketua Projek Kitar Semula,  Kampung Sukunan Yogyakarta, Indonesia.

Pihak MBSA amat komited dengan usaha untuk memastikan Bandaraya Shah Alam berjaya mencapai matlamat Bandaraya Rendah Karbon Menjelang Tahun 2030.  Penganjuran program seperti ini diharapkan dapat menggalakkan penglibatan komuniti secara aktif untuk berkerjasama bersama pihak Majlis dalam memelihara alam sekitar dan mengamalkan amalan hijau.


soccer kids

​​​soccer kids

Puan Hajah Asmah bt Mohd Zin,  Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti memberikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang peserta Taklimat Anugerah Kejiranan Hijau Antara MPP Shah Alam 2016/2017

​Encik iswanto Nato,  Ketua Projek Kitar Semula,  Kmapung Sukunan Yogjakarta,  Indonesia memberikan taklimat kepada para peserta program.

soccer kidssoccer kids​​​

​Sebahagian peserta program

​Salah seorang wakil penduduk dalam sesi soal jawab bersama Encik Iswanto Nato,  Ketua Projek Kitar Semula, Kmapung Sukunan Yogjakarta,  Indonesia

anugerah

​ ​Puan Hajah Asmah bt Mohd Zin,  Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti menyerahkan sijil penghargaan kepada Encik iswanto Nato,  Ketua Projek Kitar Semula,  Kmapung Sukunan Yogjakarta,  Indonesia