Majlis Bandaraya Shah Alam Anjur Majlis Iftar Jamaie MBSA 2016 ​

9 Jun 2016

​Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan Majlis Iftar Jamaie MBSA 2016 sempena Ramadan 1437H bertempat di Dewan Bankuet MBSA. Majlis ini merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh pihak Majlis untuk memperkasakan hubungan silaturrahim bersama warga kerja,  Ahli-Ahli Majlis dan media massa.

Seramai 60 orang Anak-Anak Yatim dan Pelajar Tahfiz dari Mahad Tahfiz Darul Pekim,  Taman Cahaya Alam,  Seksyen U12 dan Pusat Tahfiz Ummul Qura,  Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam turut  hadir ke Majlis Iftar Jamaie MBSA 2016 ini.   Pihak MBSA telah menyerahkan sumbangan Ramadan kepada pihak Pengurusan Mahad Tahfiz Darul Pekima dan Pusat Tahfiz Ummul Qura bernilai RM1,000 dan juga  sumbangan duit raya berjumlah RM 50 setiap seorang.  

Majlis ini juga merupakan inisiatif MBSA untuk membantu kakitangan MBSA yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban sepanjang bulan Ramadan.  Pihak MBSA telah memberi sumbangan kepada 63 orang warga kerja MBSA MBSA yang layak menerima sumbangan mengikut kriteria yang ditetapkan seperti ibu atau bapa tunggal, mempunyai anak-anak istimewa,  warga kerja berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU),  dan  warga kerja yang mempunyai penyakit kronik.  Sumbangan yang diberikan adalah melalui Tabung Majikan Prihatin MBSA bernilai RM300 untuk setiap penerima.

Melalui sumbangan yang diberikan, pihak Majlis berharap dapat meringankan beban mereka yang memerlukan bagi menyambut bulan Ramadan serta sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Majlis ini juga merupakan tanda keprihatinan pihak Majlis terhadap warga kerjanya sendiri yang memerlukan bantuan serta mengeratkan hubungan antara majikan dan pekerja.

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam. Turut serta pada majlis ini Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan, MBSA serta kakitangan pelbagai jabatan, MBSA. Warga kerja MBSA turut mengerjakan solat Maghrib, Tarawikh dan Isyak secara berjemaah bagi menyempurnakan ibadah puasa. 

​​​iftariftar
iftar​​ ​
​​ ​YBhg. Dato' Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam menyerahkan sumbangan duit raya kepada Pelajar Tahfiz Ummul Qura, Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam pada Majlis IFTAR Jamaie MBSA 2016.​


iftariftar
iftar​ ​
​YBhg. Dato' Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam menyerahkan cenderahati kepada para media massa pada Majlis IFTAR Jamaie MBSA 2016.